Tradisi masyarakat iban ini adalah terdiri daripada adat, budaya, kepercayaan, dan kehidupan di rumah panjang. Walaupun kini masyarakat iban kurang dalam mengamalkan amalan dan tradisi nenek moyang mereka dahulu, tetapi adat dan budaya mereka masih diamalkan sehingga kini walaupun dalam bilangan yang sedikit. Adat mereka ini bertujuan untuk menjaga keamaan rumah panjang disamping dapat membina pergaulan dan hubungan yang baik sesama ahli-ahli keluarga di dalam rumah panjang.
CARA HIDUP
Berperang
Masyarakat iban
dahulu lazimnya keluar pergi berperang. Mereka sangat terkenal dengan memenggal
atau memburu kepala juga dikenali sebagai ‘head hunter’. Tujuan untuk mereka
berperang ini adalah untuk mempertahankan kawasan sendiri daripada dimasuk oleh
musuh. Disamping itu juga, mereka turut dapat memperluaskan kawasan jajahan
mereka. Perluasan kawasan ini penting bertujuan untuk memburu dan bercucuk
tanam dan melakukan aktiviti harian mereka. Keluasan kawasan jajahan menjadi
simbolik bagi mereka dimana semakin besar kawasan yang mereka takhluk semakin
kuat dan besar kuasa mereka. Mereka berperang atau bergaduh dengan kaum yang berbeza
dari mereka. Sebagai contoh, kampung kaum Iban berperang atau bergaduh dengan
kampung kaum Dayak. Mereka tidak bergaduh sesama kaum sendiri kerana talian
persaudaraan mereka sangat kuat yang telah diterapkan di dalam Rumah Panjang
dengan tradisi dan adat nenek moyang mereka.
Sebelum para pertempur pergi berperang, mereka akan mengadakan satu upacara ritual iaitu upacara "miring" yang dihadiri oleh orang-orang atasan dan barisan para pertempur yang bakal pergi bertempur. Kanak-kanak dan ibu mengandung tidak dibenarkan untuk menghadiri upacara tersebut. Upacara ritual ini merupakan upacara yang melibatkan ilmu memuja demi membakar semangat para pertempur. Selain itu, mereka juga menggunakan beberapa alatan dan bahan sepanjang memuja seperti mangkuk yang di isi beras, telur ayam, rokok gulung, tembakau dan sebagainya. Selain itu, upacara ini juga diselitkan dengan tarian sebelum bertempur. Sajak dan lagu untuk para pertempur di nyanyikan dan disampaikan demi menaikkan semangat mereka dan bertempur dengan bersungguh-sungguh.
Sebelum para pertempur pergi berperang, mereka akan mengadakan satu upacara ritual iaitu upacara "miring" yang dihadiri oleh orang-orang atasan dan barisan para pertempur yang bakal pergi bertempur. Kanak-kanak dan ibu mengandung tidak dibenarkan untuk menghadiri upacara tersebut. Upacara ritual ini merupakan upacara yang melibatkan ilmu memuja demi membakar semangat para pertempur. Selain itu, mereka juga menggunakan beberapa alatan dan bahan sepanjang memuja seperti mangkuk yang di isi beras, telur ayam, rokok gulung, tembakau dan sebagainya. Selain itu, upacara ini juga diselitkan dengan tarian sebelum bertempur. Sajak dan lagu untuk para pertempur di nyanyikan dan disampaikan demi menaikkan semangat mereka dan bertempur dengan bersungguh-sungguh.
Kebiasannya,
para pertempur akan keluar berperang pada waktu tengah pagi dalam lingkungan
jam 3 atau 4 pagi. Hal ini bertujuan untuk tidak ingin menyedarkan seisi rumah
sewaktu mereka ingin keluar rumah untuk berperang. Sebelum mereka memulakan
pertempuran, para pertempur akan berkumpul. Seorang lelaki yang merupakan ketua
mereka akan menyembelih ayam dan mengambil darahnya untuk disalitkan ke muka
mereka. Setelah lengkap dengan kelengkapan berperang, mereka akan teriak ‘Agi
Idup Agi Ngelaban….Ooooooo Haaaaaaaa’. Moto ini sudah menjadi kata keramat
untuk kaum yang berbangsa Iban sekaligus dapat menaikkan semangat mereka untuk
melakukan dengan bersungguh-sungguh sehingga ketitisan darah terakhir mereka . Moto ini bermaksud selagi nyawa di badan,
pasti akan melawan.
Mereka akan balik
bertempur pada awal pagi dalam jam 3 hingga 4 pagi dengan membawa kepala-kepala
musuh mereka. Keesokan harinya, mereka akan mengadakan upacara untuk meraikan
para pejuang yang telah pulang dari bertempur. Seorang wanita tua yang bertatu
di tangan dan badannya yang dipercayai telah menerima sumpahan telah ditugaskan
untuk menerima kepala ketua musuh yang telah dipenggal itu. Setelah itu, kepala
tersebut direbus untuk membuang kulit dari tengkoraknya. Tengkorak yang telah
direbus dan dibersihkan akan di gantungkan di tengah-tengah bahagian rumah. Hal
ini untuk menunjukkan kekuatan ahli Rumah Panjang sekaligus bertujuan untuk
menakut-nakutkan pihak musuh kerana makin banyak bilangan tengkorak yang
digantung, semakin ramai pejuang-pejuang di dalam Rumah Panjang tersebut.
Untuk
menampakkan lagi situasi dan adat orang Iban sebelum keluar berperang, anda
boleh melihat filem ‘Sleeping Dictionary’ yang dilakonkan oleh pelakon barat,
Jessica Alba. Filem ini menceritakan tentang kehidupan orang Iban di Sarawak.
Terdapat satu babak dimana upacara telah dijalankan sebelum mereka pergi
berperang pada esok pagi dan pulang dengan membawa kepala musuh. Di dalam
upacara itu, mereka bersuka ria dan menari beramai-ramai. https://www.youtube.com/watch?v=N1LtEXiWV9Y
Mencacah Badan
Amalan mencacah tubuh
atau bertatu menjadi amalan bagi orang Iban. Corak tatu di badannya mereka juga
turut berbeza-beza. Perbezaan corak tatu ini untuk membezakan pelbagai kaum
yang terdapat di Sarawak. Gambar di atas merupakan corak tatu kaum Iban. Corak
ini dikenali sebagai bunga terung. Corak tatu mereka lebih berunsurkan flora
dan fauna seperti bunga terung, burung kenyalang, naga dan banyak lagi. Tatu ini
juga menunjukkan keberanian dan pangkat seseorang. Misalnya bagi kaum lelaki, tujuan
mereka bertatu ini adalah untuk menunjukkan bahawa mereka pernah terlibat dalam
peperangan dan banyak pengalaman. Bilangan tatu di badan juga akan ditentukan
dengan jumlah kepala musuh yang di penggal dan di bawa balik daripada memburu
(ngayau). Manakala bagi kaum wanita, mereka bertatu untuk menunjukkan kebolehan
mereka memasak, menganyam, menari (Ngajat) dan berpantun.
Tatu yang penuh
dibahu juga; diamalkan dikalangan lelaki sahaja; melambangkan tanggungjawab
besar yang dipikul di dalam sesebuah keluarga. Lelaki yang tidak bertatu
dianggap sebagai ‘telanjai’ atau bermaksud seperti rumah yang tidak punyai
atap. Terdapat sesetengah corak tatu yang dikhaskan untuk golongan pahlawan
sahaja. Dikalangan kanak-kanak berusia 10 atau 11 tahun, tatu ini dicacah
menandakan mereka “baru lanjau” iaitu sudah bersedia untuk menyertai aktiviti
buruan dan menjadikan mereka kebal. Bagi mereka, pemilihan pasangan hidup
samada lelaki atau perempuan juga berpandukan pada bilangan tatu di badan. Ini kerana,
makin banyak tatu di badan makin banyak kebolehan dan kemampuan yang mereka ada
disamping dapat menarik minat pasangan yang melihat.
Alatan untuk mencacah tubuh ini secara tradisional seperti pemegang kayu dan jarum. Jarum akan diikat di hujung pemegang kayu. Pukulan ringan akan dilakukan pada kayu yang mengena permukaan kulit dengan jarum yang telah dicelup pada dakwat untuk meninggalkan tatu di badan. . Berikut adalah 'link' dokumentari tentang proses pembuatan mencacah badan secara tradisional yang dilakukan oleh orang Iban. https://www.youtube.com/watch?v=WlWXnZNn3u8&spfreload=10
Alatan untuk mencacah tubuh ini secara tradisional seperti pemegang kayu dan jarum. Jarum akan diikat di hujung pemegang kayu. Pukulan ringan akan dilakukan pada kayu yang mengena permukaan kulit dengan jarum yang telah dicelup pada dakwat untuk meninggalkan tatu di badan. . Berikut adalah 'link' dokumentari tentang proses pembuatan mencacah badan secara tradisional yang dilakukan oleh orang Iban. https://www.youtube.com/watch?v=WlWXnZNn3u8&spfreload=10
Selain bertatu,
mereka juga menyimpan rambut yang panjang di belakang dan pendek dihadapan
seperti di dalam gambar. Apa yang menarik perhatian saya, gaya rambut sebegini
mempunyai fungsi dan kepercayaan mereka tersendiri. Menurut En. N, mereka
mengumpul rambut yang panjang dibelakang bertujuan untuk menyelamatkan kepala
mereka daripada ingin dipenggal dari belakang; daripada pihak musuh. En N juga
memberi contoh apabila rambut di letakkan atau di tutup bahagian batang pokok
pisang (mewakili kepala), apabila dipotong, lapisan rambut tadi itu melindungi
batang pokok pisang daripada terbelah dua. Struktur rambut yang kuat itu mampu
melindungi kepala apabila pergi bertempur.
PERAYAAN
Gawai
Perayaan Gawai ini disambut setahun sekali pada 1 atau 2 Jun. Perayaan ini disambut menunjukkan bahawa berakhirnya musim menuai padi. Mereka merayakan perayaan ini dengan berkumpul di serambi umum Rumah Panjang yang terdapat ranyai atau dikenali pokok istiadat. Mereka akan mengenakan pakaian tradisional masyarakat Iban yang dipenuhi dengan manik yang mewarisi budaya atau adat nenek moyang mereka. Sewaktu perayaan ini, mereka memeriahkan lagi suasana dengan berjumpa, berkumpul dan bersuka ria sambil menikmati pelbagai jenis makanan tradisional yang disediakan. Perayaan gawai ini turut terkenal dengan tariannya yang dikenali sebagai tarianNgajat. Selain itu juga, perayaan Gawai ini juga diselitkan dengan meminum arak beras (tuak) dan aktiviti hiburan yang lain.
Selain daripada kebolehan
memburu dan bercucuk tanam, masyarakat Iban juga mahir dalam membuat
kraftangan. Mereka menghasilkan kraftangan atau hasil seni yang melambangkan identity
masyarakat itu sendiri. Antara kraftangan yang mereka hasilkan adalah seperti
tikar, raga, pasu dan sebagainya.
Kebiasannya,
yang menghasilkan kraftangan ini adalah kaum wanita. Menurut masyarakat Iban,
jika wanita tidak pandai mengasilkan kraftangan, mereka dianggap menjengkelkan
dan tidak dipandang oleh kaum lelaki. Jadi, sebelum seseorang wanita itu ingin
berkahwin, mereka perlu mempersiapkan diri mereka dengan kemahiran membuat
kraftangan ini. Bagi mereka, hasil daripada anyaman itu dapat menambat hati si
keluarga mentua.
Kraftangan yang
dihasilkan oleh orang Iban mempunyai kegunaan yang tersendiri. Seperti contoh
tikai lampit. Ia merupakan sejenis tikar yang ditusuk dengan menggunakan tali
tansi dan juga diperbuat daripada rotan yang telah diraut nipis. Manakala tikai
kerupuk dan tikai senggang ialah tikar yang diperbuat daripada mengkuang dan
senggang. Ia digunakan untuk menjemur padi. Corak tikar ini dianyam dengan
bercorakkan corak bunga, manusia, burung dan sebagainya yang mempunyai kaitan
dengan mereka.
Antara kraftangan
pula ialah pasu dan tempayan. Tanah liat yang telah diuli dibentuk menjadi
tembikar. Mereka turut mengukirnya untuk tampak lebih cantik dengan corak-corak
yang kreatif dan pelbagai. Kegunaan tempayan ini untuk menyimpan beras, barang
makan dan juga air.
Pada zaman
sekarang, kraftangan masyarakat Iban masih lagi mendapat sambutan kerana
ukirannya yang cantik dan asli dan sukar untuk di dapati dimana-mana. Antara
yang masih mendapat sambutan ialah Tikai Lampit dan kain tenun.
Sumber dari En.N melalui Aplikasi 'Whatsapp'
Ini adalah barang-barang kraftangan yang ingin di jual oleh En.N di "Visit Mini Malaysia, Melaka". Menurut En. N, kraftangan ini adalah hasil tangan isterinya sendiri yang berbangsa iban yang turut menetap ni Melaka bersamanya.
AGAMA & KEPERCAYAAN
Zaman dahulu, masyarakat Iban percaya terhadap kepercayaan animisme.
Mereka berpegang pada kepercayaan yang diamalkan oleh nenek moyang mereka
dahulu. Mereka berpandukan pada ‘Papan Turai’ yang telah ditulis oleh ‘Tuai
Raban Bansa” dengan berpandukan nasihat dari ‘Manang’ dan ‘Lemambang’.
Orang Iban percaya bahawa terdapat kewujudan seorang Tuhan iaitu
Binsi Petara yang dipercayai mencipta dunia dan alam semesta. Di bawah Tuhan
ini terdapat 7 orang dewa. Anataranya ialah:
·
Dewa Peperangan – Sengalang Burong
·
Dewa Keagamaan – Biku Imam
Bunsi Petara
·
Dewa Perubatan – Menjaya
·
Dewa Pertanian & Tanah – Sempulang
Gana/Semerugah
·
Dewa penyembuh semulajadi &
Dewa Keadilan – Ini Inee/Andan
·
Dewa Kekayaan – Anda Mara/Gangga
Ganggong
Orang Iban percaya bahawa semua benda hidup
mempunyai semangat dan roh mereka masing-masing. Mereka juga turut percaya pada
ilmu firasat dan turut bergantung padanya. Contoh ilmu firasat mereka adalah
melalui mimpi yang baik atau buruk, binatang bisa, burung bisa yang sengaja
dicari atau dijumpai tidak sengaja dan hati babi yang dibaca baik buruk
maksudnya. Kini, masyarakat Iban majoritinya adalah penganut agama kristian. Selebihnya
ada yang menganut agama lain seperti Agama Tradisional, Islam, Ateisme dan
lain-lain agama.
ADAT RESAM
Masyarakat Iban
juga mempunyai pelbagai adat resam yang masih juga diamalkan sehingga zaman
kini. Adat resam ini juga dianggap sebagai pantang larang menurut kepercayaan
mereka yang tersendiri. Antara contoh adat mereka ialah mengurus kandungan dan
kelahiran, adat perkahwinan dan adat
sewaktu menguruskan kematian.
1.
Sewaktu Mengandung
Bagi bakal si ibu dan suami, mereka dilarang untuk menggali parit,
tidak boleh minyang daging, membunuh binatang dan membenam pokok pisang. Pantang
larang ini perlu diikuti untuk menjamin kesempurnaan fizikal bayi yang akan
lahir dan juga fungsinya untuk mengalang kuasa-kuasa ghaib yang tidak diingini
daripada mengganggu bayi.
2.
Selepas Kelahiran
Selepas bayi dilahirkan, tali pusatnya akan dipotong dan bayi akan
dimandikan. Setelah itu bayi akan dibedun menggunakan kain Pua Kumbu atau
selimut yang ditenun cantik. Ibu yang telah melahirkan anak tadi akan diurut
untuk mengelakkan rasa sengal-sengan dibadan. Kemudian, si ibu akan disapu
dengan ubat yang diperbuat daripada halia dan entemu.
Antara pantang larang ketika menyambut bayi yang baru lahir, wajib
oleh si ibu untuk mematuhi pantang larang ini. Jangka masa berpantang ini
selama tiga puluh hari selepas melahirkan anak. Makanan juga turut dicampurkan
dengan halia untuk memanaskan badan. Wanita bersalin juga akan menjalani satu
amalan iaitu berdiang. Berdiang ini
adalah dimana si ibu perlu dekat dengan unggun api. Kayu untuk menghidupkan
unggun api haruslah menggunakan kayu malam dan langsat supaya dapat
menyembuhkan penyakit selepas bersalin. Amalan ini berterusan selama 40 hari
untuk mengembalikan tenaga.
Seterusnya, adat untuk menanggalkan pusat bayi. Bayi akan di bawa
keluar ke anjung untuk melihat matahari dan diberi air garam. Adat ini
dijalankan setelah bayi ditanggalkan tali pusatnya iaitu usia bayi 4 hari. Nama
bayi turut diberi sempena nama nenek moyang mereka. Hal ini untuk mewarisi jasa
dan sumbangan nenek moyangnya yang sudah tiada.
Seterusnya ialah adat mandi sungai di mana adat ini dijalankan
ketika bayi berusia 1 bulan. Ini adalah untuk membiasakan bayi dengan air
sungai. Bayi akan dipakaikan dengan kain pua kumbu belantan dan diiringi doa
dan mantera. Doa dan mantera ini untuk meminta bayi menjadi seorang yang
sempurna. Setelah itu, dua 2 orang lelaki akan menetak air dan sembelih ayam.
Sayap ayam akan diikat dengan benang merah yang digantung pada galah berayang
untuk bayi lelaki. Bagi bayi perempuan, mereka akan dimandikan dan gendang akan
dipalu. Upacara adat ini akan berakhir dengan jamuan ringan.
- Merisik
Bagi masyarakat Iban, adat merisik
adalah adat yang wajib diikuti. Kebiasaannya perkahwinan ditentukan oleh pengantin
lelaki. Merisik ini dijalankan apabila seorang teruna telah berkenan pada
seorang gadis, dan keluarga lelaki akan datang merisik ke rumah gadis
berkenaan. Perjumpaan antara dua keluarga ini dipanggil sebagai ‘berbunga-bunga’
atau ‘berjarum-jarum’. Saat ini, mereka telah berbincang dalam menentukan
syarat-syarat perkahwinan dan berian. Keluarga pihak lelaki akan menghantar
rombongan meminang gadis jika hasil pertemuan ini baik dan menggalakkan. Dan barulah
syarat perkahwinan ditentukan oleh kedua-dua pihak.
- Bertunang
Peringkat bertunang ini diteruskan
apabila perundingan telah selesai dibuat. Keluarga pengantin akan datang untuk
mengurusakan ikatan pertunangan. Adat bertunang ini dilangsungkan dengan cara
bapa pihak lelaki akan menanggalkam “lapit” atau ikat pinggang atau turut
dikenali sebilah pedang sebagi tanda ikatan pertunangan. Setelah ikatan
pertunangan terjalin, perempuan yang telah ditunangkan tidak dibenarkan untuk
menerima kunjungan dari lelaki lain. Jika tidak, perempuan itu akan dianggap
mencemarkan ikatan pertunangan. Sebagai tanda ikatan pertunangan, sebentuk
cincin dipakai oleh pasangan dan harus sentiasa dipakai. Jika ikatan
pertunangan itu putus kerana salah seorang telah melakukan kecurangan, maka orang
itu akan di denda kerana telah untuk menebus malu keluarga pihak yang dicurangi
itu. Tetapi jika terputus akibat kematian, pertunangan itu masih berjalan
dengan baik kerana hubungan yang baik maish terjalin dan tidak perlu didenda.
- Majlis Perkahwinan atau Melah Pinang
Majlis perkahwinan ini dimulakan oleh
pihak lelaki dimana mereka akan menyediakan barang-barang atau hantaran yang
akan diberikan kepada pihak perempuan. Antaranya ialah kain, raga, pedang,
hasil kraftangan dan barang kemas. Keluarga pihak perempuan membuat persiapan
seperti memburu binatang untuk dijadikan lauk kepada tetamu yang akan datang.
Pasangan ini akan mengenakan pakaian
tradisional Iban. Keluarga pihak lelaki berjalan diiringi oleh paluan gong. Tiba
di rumah pengantin perempuan, satu das tembakan akan dilepaskan tanda tetamu
sudah tiba. Rombongan pengantin perempuan akan bersiap sedia untuk turun ke
sungai mandi bersama-sama dengan pengantin lelaki. Ini adalah untuk menunjukkan
permulaan silaturahim antara dua keluarga pengantin.
Sebelum upacara perkahwinan bermula,
perbincangan akan diadakan di ruai dan “air tuak” turut dihidangkan sebagai air
peransang kepada tetamu. Setelah mengetahui hubungan kekeluargaan, pengantin
akan meminta berian. Nilainya ditetapkan oleh masyarakat di situ. Pihak pengantin
perempuan akan minta bayara “pemecah tangga” iaitu sebilah beliung, bayaran “pembuka
pintu” iaitu sebatang lembing, bayaran “pembuka kelambu” iaitu sebilah pedang
dan bayaran-bayaran yang lain.
Setelah itu, upacara membelah pinang dijalankan.
Upacara ini adalah untuk menentukan tempoh jodoh antara pasangan pengantin ini.
Buah pinang itu dibelah dan diagihkan kepada tetamu. Setelah itu, upacara ini pun
tamat. Jika ada sebarang kesalahan semasa menjalankan adat ini, pengantin akan
mandi di sungai untuk membersihkan diri. Sehelai kain yang panjangnya 7 ela
dipegang supaya kesalahan mereka akan hilang.
3.
Adat Mengurus Kematian
Semasa upacara kematian ini, sanak-saudara akan datang berkunjung
untuk tanda hormat. Mayat si mati akan dimandikan dan turut dipakaikan pakian yang baik dan
diletakkan di tengah-tengah Rumah Panjang iaitu di ruai. Barang-barang si mati
akan dibungkus kerana kepercayaan mereka untuk bekalan di dunia selepas mati
atau “dunya sebaya”. Di atasnya akan tergantung kain pua kumbu. Sepanjang malam
dan siang, ada orang yang akan ditugaskan untuk menangisi si mati selain dari
keluarga si mati. Tangisan itu adalah untuk mendoakan dan berharap dapat
menghantar dan bawa si mati ke dunya sebayan.
Upacara
pengebumian dijalankan waktu subuh jam 4 pagi. Lubang digali, dibuatkan rumah dan
barang-barang si mati ditanam bersama. Setelah itu, mereka akan berkabung atau “ngulit”
dalam beberapa tempoh masa. Pantang larang seisi rumah untuk tidak buat bising,
dilarang berhias dan memakai barang kemas. Pinggan yang dibalut dengan kain
hitam digantungkan di hadapan rumah tanda ada berlaku kesusahan dan kesedihan. Upacara
“berserara bungai” dijalankan untuk mengelakkan roh si mati mengganggu mereka.
setelah upacara berkabung tamat, mereka akan mengadakan upacara “gawai antu”
untuk meraikan si mati.
PERAYAAN
Gawai
Perayaan Gawai ini disambut setahun sekali pada 1 atau 2 Jun. Perayaan ini disambut menunjukkan bahawa berakhirnya musim menuai padi. Mereka merayakan perayaan ini dengan berkumpul di serambi umum Rumah Panjang yang terdapat ranyai atau dikenali pokok istiadat. Mereka akan mengenakan pakaian tradisional masyarakat Iban yang dipenuhi dengan manik yang mewarisi budaya atau adat nenek moyang mereka. Sewaktu perayaan ini, mereka memeriahkan lagi suasana dengan berjumpa, berkumpul dan bersuka ria sambil menikmati pelbagai jenis makanan tradisional yang disediakan. Perayaan gawai ini turut terkenal dengan tariannya yang dikenali sebagai tarianNgajat. Selain itu juga, perayaan Gawai ini juga diselitkan dengan meminum arak beras (tuak) dan aktiviti hiburan yang lain.
Dari segi kepercayaan mereka, mereka turut menyediakan makanan dan
arak kepada dewa kekayaan sebagai tanda kesyukuran dan terima kasih hasil
daripada tuaian yang baik dan menguntungkan. Upacara ini dikendalikan oleh
orang yang tertentu sahaja seperti wakil masyarakat. Mantera dibacakan dan
darah ayam akan direnjiskan pada persembahan tersebut.
Ngajat
Lesung ialah sejenis tarian yang dipersembahkan oleh para penari yang bersaing
ingin menunjukkan kehebatan mereka dengan mengangkat lesung penumbuk padi
dengan menggunakan gigi. Apabila ranyai dibuang, maka berakhirlah perayaan ini.























apakah fungsi lain tatu kaum iban ini ? dan bolehkah saya mendapat butiran lebih lanjut daripada anda mengenai tatu dalam aplikasi lain seperti whatsapp
ReplyDeleteMenurut kepercayaan kaum iban pada masa lampau, tatoo becorak bunga terung ada cerita tersendiri. pada masa dahulu sepasukan pahlawan kaum iban berperang melawan sub suku dayak kantu, ketika itu mereka hampir sahaja dikalah kan oleh pasukan musuh.. maka mereka meminta bantuan dari tuhan peperangan@dewa perang kaum iban.. tekala itu banyak bunga2 terung turun dari langit sehinga menyebab kan mata pihak musuh tk dapat melihat dan ini membolehkan pahlawan iban memengal kepala musuh tersebut.. Sebab tu kebanyakan pewira iban akan menatoo corak bunga terung pada badan mereka apabila mereka berjaya atau pernah memengal kepala musuh
DeleteBoleh saya refer akak untuk folio saya
ReplyDeleteSedikit kesilapan.. gambar rambut panjang tu bukan iban tetapi murut sabah...
ReplyDeleteBlh lh jdi sebagai kerja sekolah sya cuma sya singkatkan kerana terlalu panjang..but thank sebab bgi informasi
ReplyDeleteTQ FOR THIS INFORMATION
ReplyDelete