Friday 6 November 2015

REFLEKSI MINGGU KE 9 & 10 - EKONOMI

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاتة

Pembelajaran hari ini, kesedaran untuk menyimpan bagi meningkatkan ekonomi diri sendiri.

GAYA HIDUP YANG TIDAK BOROS


kita harus berfikiran jauh. Jadi, kita perlu membuat persediaaan awal untuk jangka masa panjang. 

Islam sebagai agama yang sempurna dan merangkumi segala aspek kehidupan manusia tidak lupa mengajarkan kita supaya merancang kewangan sebagai persediaan dalam mengharungi masa susah.  Lihatlah pengajaran daripada peristiwa yang dikisahkan dalam Al-Quran, tatkala seorang raja meminta Nabi Yusuf menafsirkan mimpinya.

ALLAH SWT berfirman yang bermaksud
“Raja berkata (kepada orang-orang terkemuka dari kaumnya) ‘Sesungguhnya aku bermimpi melihat tujuh ekor sapi betina yang gemuk-gemuk di makan oleh tujuh ekor sapi betina yang kurus-kurus dan tujuh tangkai (gandum) yang hijau dan tujuh lainnya yang kering. Hai orang-orang terkemuka Terangkanlah kepadaku tentang ta’bir mimpiku itu jika kami dapat mena’birkan mimpi.
  
Mereka menjawab ‘Itu adalah mimpi-mimpi kosong dan kami sekali-kali tidak tahu mena’birkab mimpi itu.
Dan berkatalah orang yang selamat di antara mereka berduaa dan teringat (kepada Yusuf) sesudah beberapa waktu lamanya ‘Aku akan memberitakan kepadamu tentang (orang yang pandai) mena’birkan mimpi itu, maka utuslah aku kepadanya.
  
(Setelah pelayan itu berjumpa dengan Yusuf dia berseru) ‘Yusuf hai orang yang amat dipercayai, terangkanlah kepada kami tentang tujuh ekor sapi betina yang gemuk-gemuk yang dimakan oleh tujuh ekor sapi betina yang kurus-kurus dan tujuh butir (gandum) yang hijau dan (tujuh) lainnya yang kering agar aku kembali kepada orang-orang itu, agar mereka mengetahuinya.
  
Yusuf berkata ‘Supaya kamu bertanam tujuh tahun (lamanya) sebagaimana biasa; maka apa yang kamu tuai hendaklah kamu biarkan di tangkainya kecuali sedikit untuk kamu makan.

Kemudian sesudah itu akan datang tujuh tahun yang amat sulit, yang menghabiskan apa yang kamu simpan untuk menghadapinya (tahun sulit), kecuali sedikit dari (bibit gandum) yang kamu simpan.

Kemudian setelah itu akan datang tahun yang padanya manusia diberi hujan (dengan cukup) dan manusia memeras anggur.” (Surah Yusuf : 43 – 49)



Dalam kehidupan hari ini yang banyak urusan memerlukan wang, umat Islam  perlu membuat perancangan jangka panjang demi kepentingan diri dan keluarga.

Pesanan SZ !
  • Jadilah seperti Nabi Yusof - " KETIKA ZAMAN MEWAH KITA SIMPAN "



NUR RAMIZAH HAMZAH
2014248152
^_^

Assalamualaikum.

Berdasarkan apa yang dipelajari dalam bab ekonomi, saya telah menyedari tentang ekonomi di Malaysia yang sedang merosot. Tidak dapat dijangka masa akan datang sama ada menjadi lebih baik atau sebaliknya.  Hutang negara, penyalahgunaan wang oleh pihak pihak atasan yang tidak bertanggungjawab dan pelaburan wang atas perkara yang tidak perlu oleh pihak atasan sehingga menyebabkan pelbagai lapisan rakyat menanggung kesusahan.

Jadi apa yang saya boleh lihat disini untuk diambil sebagai iktibar atau pengajaran adalah satu dari sudut individu dari setiap rakyat. Kedua, dari sudut seorang mahasiswa. 

Pertama dari sudut individu setiap rakyat, kita perlulah mengamalkan kaedah menabung. Tidak kira tua atau muda. Menabung ini tanpa disedari akan menghasilkan sesuatu yang memuaskan pada masa hadapan. Sebagai contoh, setiap individu bermula dengan memperuntukkan wang ringgit sebanyak RM5.00 untuk setiap pengeluaran wang atau bulanan atau harian. Bergantung pada individu. Disini digalakkan wang RM5 kerana ia tidaklah terlalu sedikit mahupun terlalu banyak sehingga membuatkan kita rasa terbeban.  Menabung tidak akan berjaya tanpa disiplin. Hasil menabung laburkanlah untuk kegunaan masa panjang seperti emas, tanah, memulakan perniagaan atau bermacam macam lagi. 

Amalkan menabung, jauhi boros!

Kedua ialah dari sudut mahasiswa yang sedang berusaha menghabiskan pembelajaran masing-masing untuk mengejar cita-cita. Disini saya menyarankan supaya setiap mahasiswa yang beragama Islam terutamanya untuk belajar bersungguh-sungguh dalam mengejar impian supaya kita dapat menjadi antara orang yang paling berkuasa dalam sesuatu organisasi. Sebagai contoh dengan penghapusan sistem riba' yang sedang berleluasa dalam ekonomi negara sekarang. Dengan memegang tampuk kuasa yang tertinggi, kita boleh membawa dan menukar sesuatu sistem itu kearah yang diredhai Allah dengan menjadikan Allah itu sebagai matlamat utama. Dengan ini, tiada lagi pemimpin yang tidak bertanggungjawab dan mengabaikan kebajikan rakyat. 


Menjadi mahasiswa yang mengejar cita-cita tertinggi demi agama!

Di dalam al-Qur’an mahasiswa adalah persoalan penting. Ini kerana mahasiswa di dalam al-Qur’an digolongkan sebagai golongan yang menuntut ilmu. Lantaran itu, di dalam membincangkan persoalan jihad dan perjuangan Islam, al-Qur’an turut menekankan peranan dan tanggungjawab mahasiswa. 

Firman Allah: ”Dan tidaklah ( betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu agama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah) ”.

MAJDIAH ILYANI BT MOHD PIRZAN
2015258802


Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum

Seperti yang kita maklum kini, ekonomi di negara kita amat merusingkan. Jumlah hutang negara kini makin hari semakin meningkat. Lantas kesan kepada masyarakat adalah seperti peningkatan harga cukai barang (GST), harga tol, harga barang keperluan dan sebagainya. Hal ini dapat meningkatkan lagi kesusahan masyarakat yang duduk di kampung, bekerja sebagai buruh dan suri rumah sahaja.
Justeru itu, peranan kita sebagai anak muda yang bakal memegang tampuk pemerintahan negara adalah seperti:

1. Amalan berjimat cermat.



Amalan ini perlu dipupuk sewaktu usia muda supaya ia sudah menjadi terbiasa untuk berjimat. Sebagai contoh, satu hari menabung RM1. Sikit-sikit, lama- lama jadi bukit. Peribahasa ini lunak didengari sewaktu kita zaman kecil dan masih terngiang-ngiang sehingga kini. Jadikanlah peribahasa itu sebagai semangat untuk kita menabung dari jumlah yang sikit kerana lama-lama nilai yang sedikit itu dapat bertambah dan menjadi banyak. Amalan menabung ini penting untuk menjamin kesenangan di hari kelak. Jika berlaku kecemasan yang memerlukan duit, hasil duit menabung ini dapat meringankan beban.

2. Elakkan boros menjadi amalan anak muda



Duit biasiswa, pinjaman PTPTN akan masuk sebaik sahaja bermulanya semester atau awal bulan. Mahasiswa yang tidak pandai menguruskan perbelanjaan wang mereka akan bersenang-senang dahulu dan bersusah-susah kemudian hari. Manakala mereka yang pandai dalam menguruskan perbelanjaan duit saku mereka akan mengalami yang sebaliknya. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Pada pendapat saya, boros ini adalah satu nafsu diri yang susah dikawal. Juga senang dikawal bagi siapa yang sudah terbiasa untuk tidak melaburkan duit mereka ke arah yang tidak diperlukan. Sebelum hendak membeli sesuatu itu, cuba tanyakan pada diri kita, adakah ia keperluan atau hanya sekadar kemahuan. Berfikir sebelum bertindak sebelum kita terjerumus ke dalam kesusahan.

3. Initiatif untuk memulakan bisnes




Kini, aktiviti menjual beli tidak terhad. Dahulu aktiviti menjual beli hanya jika berlakunya pertemuan di kedai ataupun di gerai. Tapi kini aktiviti menjual beli boleh dilakukan di laman sesawang seperti website, instagram, facebook, mudah.com dan sebagainya. Sebagai anak muda yang masih bertenaga, mempunyai idea yang kreatif dan kritis, mampu untuk berdaya saing dengan yang lain, kita hendaklah berniaga. Ini kerana untuk melatih diri kita berdiri di kaki sendiri dan bukannya hanya mengharapkan gaji dari pihak kerajaan sahaja. Rasulullah juga berniaga sewaktu baginda di usia remaja yang berbekalkan modal dari Saidatina Khadijah. Selain dapat melatih diri untuk berdikari, berniaga juga dapat melatih diri kita untuk berlaku jujur. Sifat Rasulullah saw yang jujur dalam menjual barang-barang Saidatina Khadijah menyebabkan Khadijah jatuh hati pada bagindan dan ingin berkahwin dengan Rasul kita.

4. Sedekah



Allah berfirman “Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahlah hartanya di jalan Allah), maka Allah akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda banyak nya. Dan Allah menyempitkan dan melapaongkan (rezeki) dan kepada-Nya lah kamu dikembalikan” (Surah Al-Baqarah, Ayat 245). Renung-renungkan dan selamat beramal J

Sekian, terima kasih.
SITI AMIRAH BINTI ADNAN
2015834782

No comments:

Post a Comment