Saturday 7 November 2015

ASSIGNMENT - MID SEM BREAK !

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاتة

1. Dengan mengamati pembangunan di Malaysia. Senaraikan contoh-contoh Modenisasi  & Pembaratan di Malaysia.

Modenisasi

Ekonomi

1.       Masyarakat industri
- Pembangunan barang / alatan canggih berteknologi dengan penggunaan ilmu saintifik
- Pembangunan pertanian iaitu perubahan kearah pertanian sosial
- Industrialisasi seperti penggunaan mesin teknologi yang canggih dalam proses pembuatan
- Urbanisasi iaitu perpindahan penduduk luar bandar ke dalam bandar dan perubahan hidup bandar

Politik

1.       Melahirkan Negara Bangsa
-          Matlamat penubuhan ini bertujuan untuk meningkatkan kegiatan ekonomi dengan cara masyarakat yang nasional yang stabil dan berintegrasi yang baik

-          Pembentukan dasar khas seperti dasar pendidikan, bahasa, kebudayaan dan ideologi yang nasional.

Pembaratan

1.       Perubahan dari muzik tradisional ke muzik moden.
-          Pop
-          Balada
-          Rock
-          Jazz
-          Rap

2.       Konsep Sekularisme
-     Agama Islam merupakan agama rasmi Negara tetapi fungsi nya tidak banyak dan tidak menyeluruh.
-         Contoh: Seni hiburan kini. Artis-artis yang mengamalkan kefahaman Sekularisme. Mereka mengakui yang mereka beragama Islam tetapi cara hidup mereka seperti cara berpakaian, pertuturan, pergaulan tidak mengikuti syariat Islam.

3.       Konsep hidup Hendonisme
-       Remaja kini yang membimbangkan kerana tanpa sedar telah mengamalkan konsep hidup Hendonisme, ‘happy-go-lucky’ seperti budaya melepak, mengunjungi pesta hiburan dan  seks bebas

4.       Pembangunan Negara yang lebih mementingkan aspek materialistik daripada aspek keagaaman.

5.       Budaya material
-          Berunsurkan teknologi.  Sebagai contoh, penciptaan perabot yang merosakkan hutan, alam flora dan fauna hasil daripada penebangan pokok-pokok di hutan


6.    Penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantaraan bagi subjek matematik dan sains. Turut juga menjadi bahasa pengantaraan di beberapa buah Universiti di dalam negara.

7.       Budaya popular
-        Penerimaan budaya barat seperti tegar dalam penggunaan laman sosial, berbahasa inggeris di dalam laman sosial seperti menggunakan bahasa inggeris untuk pos status. Tambahan pula, ia menjadi satu ‘trend’ dan mereka berpendapat bahawa sesiapa yang tidak mencuburi dalam budaya ini dianggap ketinggalan.

8.       Pembelajaran

-     Golongan belia menerima ilmu daripada konsep barat dan menyesuaikan diri dengan norma dan nilai masyarakat Melayu.




2. Bincangkan keburukan & kelebihan sektor swasta.

Definisi tentang pengurusan ialah satu proses dan tindakan merancang, mengorganisasi, mengarah dan mengawal segala sumber organisasi.

Pengurusan sektor swasta ialah satu proses menjalankan fungsi-fungsi pengurusan mengikut cara atau pilihan masing-masing.

Sesebuah organisasi terdapat dua pihak utama iaitu pemilik atau tuan punya organisasi dan satu pihak lagi adalah pekerja.

Kelebihan sektor swasta:

  • Mutu kerja yang diutamakan dalam setiap perkara.
  • Elaun yang lebih tinggi deneri mengikut kelayakan/ keuntungan syarikat.
  • Berorientasikan keuntungan syarikat.
  • Rawatan perubatan di klinik dan hospital swasta yang lebih selesa dan mengikut kelayakan.
  • Suasana kerja yang lebig efisyen dengan menggunakan kecanggihan ICT.
  • Ruang kerja yang kondusif.
  • Gaji pokok yang tinggi. 
Kelemahan sektor awam:
  • Diskriminasi dalam penggunaan tenaga kerja
  • Potensi syarikat swasta untuk muflis dan dibuang kerja adalah tinggi.
Perbezaan pengurusan sektor awam dan sektor swasta:

i)Keuntungan
Keuntungan yang dimiliki sektor awam adalah bertujuan untuk pembangunan serta kemajuan negara secara keseluruhannya.

Keuntungan yang diperolehi sektor swasta adalah milik individu tersebut oleh itu individu terlibat akan sedaya upaya memaksimumkan keuntungan untuk kepentinagan diri sendri.

ii)Kawalan Kuasa
Kawalan kuasa dalam sektor awam bergantung pada konsep pemuasatan kuasa yang tersedia dalam undang-undang negara.

Kawalan kuasa dalam sektor swasta pula, bergantung kepada pembahagian  kuasa pemilik seseuah organisasi tersebut.




3. Analisa Bajet 2016. Fokus pada apa generasi muda perlu buat.


Berdasarkan bajet 2016, secara kesuluruhannya kita boleh lihat, masalah ekonomi yang semakin meningkat dari hari ke hari dan kos sara hidup yang semakin menekan.


Generasi muda hendaklah memulakan langkah dan azam yang baru dengan menekankan aspek ekonomi. Jika generasi muda pada masa kini, hanya menunggu untuk disuap dan menunggu rezeki jatuh bergolek maka kita pasti akan tertinggal jauh kebelakang dengan dunia yang semakin pesat membangun sekaligus meningkatkan kos sara hidup. Oleh itu, mulakan langkah dengan menyimpan wang atau menabung. Jauhi sikap boros kerana itu adalah salah satu sifat syaitan. Seterusnya, lakukan langkah yang bijak dengan melabur wang simpanan ke arah yang akan membuahkan hasil. Sebagai contoh mulakan perniagaan sampingan, pembelian emas, membeli tanah dan lain-lain. Walaubagaimanapun, segalanya berbalik kepada Allah yang maha pemberi rezeki. Sebagai generasi muda, kita hendaklah sentiasa mengingati Allah dengan berusaha dan berdoa kepadaNya. Berharap akan pertolongan dariNya. Amalkan sikap sedekah dan memberi kepada yang memerlukan. 



Pesanan SZ !

  • Jaga keselamatan diri
  • Jaga solat
  • Selawat


No comments:

Post a Comment