Friday 27 November 2015

REFLEKSI MINGGU KE 10 & 11 - POLITIK

Assalamualaikum.

Alhamdulillah minggu ini saya telah pelajari banyak perkara daripada pembentangan tajuk politik. Politik sangat penting di setiap negara bagi menjamin kesejahteraan sesebuah negara. Matlamat utama politik di Malaysia adalah untuk mencapai negara bangsa.

Berdasarkan apa yang boleh saya refleksikan melalui keseluruhan tajuk ini adalah tanggungjawab dari setiap orang di Malaysia sama ada pemimpin mahupun rakyat. Kini, kita boleh lihat sistem politik di negara kita yang terlalu banyak cacat celanya atas sebab kesalahan dari setiap individu yang tidak bertanggungjawab. Jadi, bersama kita berubah dan berubah untuk mengharmonikan sistem politik.

1) Peranan sebagai rakyat: Rakyat perlu sentiasa mengambil tahu tentang isu semasa politik yang berlaku di dalam mahupun di luar negara dan perlulah setiap daripada rakyat itu tidak bertindak berat sebelah dengan sentiasa mencari kelebihan pada sebelah pihak manakala sentiasa mencari kesalahan pada sebelah pihak yang lain pula. Sebagai rakyat yang inginkan keamanan negara, ambil tahu dengan sama rata daripada setiap pihak itu penting dalam mencari pemimpin yang terbaik untuk memimpin rakyat. Dengan ini, kita sebagai rakyat boleh bertindak dengan bijak untuk mengekalkan keamanan yang tersedia ada dengan mengundi dan memilih pemimpin yang terbaik. Selain itu, sebagai seorang rakyat yang bergelar mahasiswa saya menyeru semua mahasiswa untuk belajar bersungguh-sungguh untuk menjadi khalifah atau pemimpin di sesuatu organisasi. Menjadi khalifah yang bermatlamatkan Allah dan Islam untuk mengubah sistem politik menjadi lebih telus.
Lakukan yang terbaik untuk menjadi khalifah yang terbaik.
2) Peranan sebagai pemimpin: Pemimpin yang telah diberi amanah dan tanggungjawab serta kepercayaan dari rakyat hendaklah melaksanakan tanggungjawab mereka dengan sebaik-baiknya. Mencontohi sifat-sifat Rasulullah dan para sahabat sebagai pemimpin antaranya ialah adil, amanah, jujur dan sentiasa mengutamakan rakyat. Para pemimpin juga tidak perlu untuk bergaduh sesama ahli politik yang lain untuk merebut kuasa. Menghormati antara satu sama lain dan berpolitik dengan telus tanpa rasuah, pergaduhan dan sebagainya.

Kita sebagai negara Islam yang majoritinya terdiri daripada bangsa melayu hendaklah menjadikan Rasulullah saw sebagai tauladan. Kepimpinan baginda melalui sikap dan strategi yang baginda gunakan untuk mencapai negara yang sejahtera seperti piagam madinah.

MAJDIAH ILYANI MOHD PIRZAN
2015258802




السلام عليكم ورحمة وبركاتة


Terdapat banyak parti politik di Malaysia. Terpulang kepada individu itu sendiri untuk memilih parti politik pilihan mereka kerana rakyat mempunyai hak untuk memilih parti politik bagi mentadbir negara.

Politik tidak terlepas dengan kebebasan bersuara. Kebebsan bersuara memerlukan pendapat dan perlu diingatkan bahawasanya pendapat itu sendiri ada limitnya. Tambahan pula, kebebasan perlu diikat dengan tanggungjawab.

Kebebasan beragama- Prinsip yang menyokong kebebasan individu atau masyarakat untuk mengamalkan agama atau kepercayaan secara tertutup atau terbuka.

Kebebasan berpolitikMenurut Yusuf Al-Qaradhawi, beliau berpendapat bahawa kebebasan politik merupakan salah satu keutamaan yang diperlukan pada zaman sekarang. Islam tidak akan bangkit, dakwahnya tidak akan tersebar dan penyakitnya akan terus merebak kecuali jika ia diberi kebebasan. Namun, kebebasan yang diberikan mestilah yang tidak terbatas dan mempunyai peluang kepadanya untuk berjalan seiring dengan fitrah manusia.

Apabila politik stabil dan sejahtera pembangunan ekonomi akan  meningkat. Apabila  ekonomi negara meningkat rakyat akan hidup dalam keadaan aman dan makmur.

Pendekatan Islam Dalam Pembangunan Politik:


 NUR RAMIZAH HAMZAH 
2014248152
^_^


Assalamualaikum


Melalui bab ini, saya telah mempelajari serba sedikit tentang politik negara. Maka dengan itu, saya dapat simpulkan serba sedikit tentang politik di Malaysia. Pertama, negara Malaysia hendaklah menjalankan hubungan diplomatik bersama negara-negara lain untuk mengukuhkan kestabilan politik negara. Seperti contoh, dahulu Kesultanan Melayu Melaka telah menjalinkan hubungan dengan baik dengan China di dalam sektor perdagangan. Kedua, janganlah berlaku sebarang perbalahan politik di dalam sesebuah negara kerana ia akan meruntuhkan sesebuah institusi.






Ketiga, pemerinta hendaklah merancang penubuhan kerajaan yang strategik dan teratur agar kerajaan yang dibina kekal lama. Keempat, pegawai-pegawai kerajaan perlulah bekerja dengan bijak dan jujur dalam pemerintahan agar tiada persengketaan antara rakyat dan pembesar. Kelima, rakyat hendaklah bersatu padu dalam mewujudkan suasana harmoni dan memberi sokongan padu kepada pembesar pemerintah negara. Keenam, ahli-ahli politik haruslah sedar tentang kepentingan menubuhkan sebuah kuasa politik yang jujur dan sentiasa menjaga amanah yang diberikan dengan sempurna. Rasuah akan jadi berleluasa jika pemimpin tidak cekap dalam mentabir negara.




Akhir sekali, elakkan sikap atau budaya berpuak-puak dalam menjalankan pentadbiran negara serta fitnah yang melampau. Hal ini dapat mencetuskan perpecahan dikalangan pemimpin-pemimpin negara dan akan berlaku perebutan kuasa antara pemimpin. 


Siti amirah binti adnan 
2015834782

No comments:

Post a Comment