Saturday 28 November 2015

REFLEKSI MINGGU KE 11 - INTEGRASI

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Integrasi merupakan suatu alat untuk mencapai perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia. Perpaduan telah menjadi suatu kewajipan dalam sesebuah negara untuk mencapai keselamatan dan kesejahteraan negara. 

Jadi, kesimpulan dan pengajaran yang boleh saya buat berdasarkan pembentangan tajuk integrasi ini ialah tanggungjawab kita sebagai rakyat. Kerajaan telah melakukan usaha-usaha dalam membentuk perpaduan antara rakyat sebagai contoh pengubahan dalam beberapa dasar kerajaan. Kini, menjadi tanggungjawab kita untuk menambahkan keamanan dan perpaduan yang telah tersedia bina sejak bertahun yang lalu. 

Antara cara-cara yang rakyat boleh amalkan untuk memupuk perpaduan tanpa mengira bangsa, kaum, darjat dan agama ialah:

Terapkan nilai-nilai budaya dari bangsa yang lain seperti memakai pakaian tradisional mereka pada hari-hari biasa.
Melakukan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat pada waktu lapang seperti menganyam ketupat untuk melakukan sambutan hari raya antara jiran tetangga
Mengamalkan aktiviti yang melibatkan komunikasi dan bergerak secara berkumpulan seperti aktiviti gotong-royong di sekitar kawasan perumahan.
Mengamalkan tabiat penukaran makanan antara jiran tetangga tanpa mengira kaum 
Berkerjasama dalam menjayakan sesuatu aktiviti untuk masyarakat seperti memasak beramai-ramai
Hadir ke majlis terbuka atau rumah-rumah terbuka untuk menghormati perayaan setiap kaum seperti pada hari raya, raya cina atau deepavali.
Selain yang disenaraikan diatas, terdapat pelbagai lagi cara untuk kita mengekalkan atau menambah baikkan keamanan negara. Melalui cara diatas kita dapat menjauhi perasaan rasism atau prejudism yang terdapat pada sesetengah pihak. Jadi keluarlah bertemu orang ramai dan bertegur sapa antara satu sama lain. 

"Perpaduan Teras Kejayaan"


MAJDIAH ILYANI MOHD PIRZAN
2015258802

Apa yang telah saya pelajari daripada tajuk integrasi ini adalah:


1. Sebagai pelajar, kita perlu hidup saling tolong menolong antara satu sama lain. Jadikanlah peribahasa "bagai aur dengan tebing" sebagai motivasi dan contoh kepada kita dalam mencapai perpaduan di kalangan mahasiswa universiti demi mencapai matlamat yang jitu, yakni mewujudkan nilai perpaduan di dalam masyarakat Malaysia. Contohilah seperti masyarakat Muhajirin dan Ansar di mana mereka saling melengkapi antara satu sama lain. Keadaan masyarakat Muhajirin yang berhijrah daripada Mekah untuk ke Madinah dalam keadaan sehilai sepinggang, tiada harta yang dibawanya. Manakala peranan masyarakat Ansar yang menyambut masyarakat Muhajirin dengan sangat terbuka. Mereka menyediakan makanan, minuman, tempat tinggal. Ada juga sahabat yang memberi isteri (yang paling disukai) kepada orang Muhajirin. Peristiwa ini amat baik untuk dijadikan panduan dan contoh kepada kita semua. 



2. Sebagai ahli penduduk di dalam taman perumahan, kita seharunya menceburkan diri dengan mengambil bahagian dan menyertai program yang dianjurkan oleh pihak yang berkuasa di dalam organisasi penduduk taman kita. Janganlah kita  menjadi anak muda  yang duduk di rumah sahaja bagaikan katak dibawah tempurung yang tidak mengambil tahu dan tidak ambil kisah dengan usaha-usaha ini. Pelbagai program dan aktiviti yang telah dianjurkan untuk memupuk perpaduan di kalangan penduduk taman seperti, mengimarah masjid, mengadakan ceramah dengan menjemput penceramah yang terkenal/disanjung, mengadakan rumah terbuka / kenduri, mengadakan aktiviti petang seperti berekreasi (sepak takraw, bola sepak, memancing) dan sebagainya. Hal ini dapat mewujudkan interaksi di kalangan penduduk tempatan. Justeru itu, mereka dapat saling bertukar pendapat, bermesra dalam bertutur dan menjalankan aktiviti dan saling bantu membantu jika di dalam kesusahan. Janganlah kita mengabaikan dan mewujudkan suasana yang ganjal dengan penduduk Cina dan India. Untuk mencapai skop perpaduan yang lebih besar seperti perpaduan antara rakyat, perpaduan di antara masyarakat berhampiran (perumahan) perlu dicapai dulu sebelum ke tangga yang lebih tinggi lagi. 


Sebagai kesimpulannya, integrasi adalah merupakan satu alat dalam mencapai matlamat negara kita iaitu perpaduan. Tanpa perpaduan, rakyat akan menjadi kucar kacir kerana wujudnya sikap prejudis, saling benci-membenci, tidak persefahaman. Janganlah kita biarkan tragedi 13 Mei 1969 berulang lagi dan tercatat di dalam buku teks sejarah negara kita. Jika perpaduan dapat dikecapi, negara kita akan memperolehi sebuah negara yang aman dan sekali gus dapat menjadi tulang belakang yang baik kepada pemerintah negara kita. 

Sekian, terima kasih. 


Siti Amirah binti Adnan
2015834782




السلام عليكم ورحمة وبركاتة

Integrasi bermaksud satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah. Integrasi sosial pula membawa maksud proses penyesuaian antara unsur-unsur yang saling berbeza dalam kehidupan masyarakat sehingga menghasilkan pola kehidupan masyarakat yang memiliki keserasian.

Dari Pengasinagn Ke Penyatuan.
Segregasi atau pengasingan antara satu etnik dengan etnik lain berlaku dalam beberapa keadaan seperti kawasan tempat tinggal, jenis pekerjaan dan lain-lain.

Malaysia mengutamakan integrasi sebagai usaha memupuk perpaduan. Integrai adalah proses penyesuain bersama pelbagai kebudayaan dan ciri-ciri sosial yang dapat  diterima oleh semua kelompok etnik. Matlamatnya adalah untuk memupuk identiti nasional dalam kalangan etnik yang terpisah.

Oleh itu, strategi integrasi perlu dilaksanakan semua pihak iaitu kerajaan, masyarakat, NGO supaya masyarakat yang tersegregasi dapat membentuk hubungan hubugan yang sebati iaitu amalgamasi. Ini mampu mengurangkan konflik antara etnik dan mewujudkan perpaduan.



NUR RAMIZAH HAMZAH
2014248152
^_^

No comments:

Post a Comment