Saturday 10 October 2015

REFLEKSI MINGGU 3 - PENGAJARAN AL-HUJURAT

Assalamualaikum.
Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah segala puji bagi Allah atas segala kurnia nikmat ilmu yang telah dikurniakanNya kepada kita. Berdasarkan minggu ketiga ini, terdapat beberapa pengajaran yang boleh kita ambil sebagai seorang muslim. Jadi saya akan ringkaskan apa yang telah saya pelajari pada minggu ini bersama ustazah dan rakan kelas. Semoga apa yang dikongsikan akan menjadi manfaat kepada semua pembaca.

Berdasarkan ayat al-hujurat ayat 6-13, Allah telah memberi garis panduan kepada seluruh umat Islam bagaimana cara yang baik dalam pergaulan sesama muslim dan manusia tanpa mengira bangsa, budaya dan suku. Allah menekankan supaya kita tidak bergaduh antara satu sama lain kerana orang mukmin itu adalah bersaudara. Jadi mengapa perlu kita bergaduh antara satu sama lain sedangkan kita bersaudara? Allah melarang untuk kita mendekati prasangka buruk, mencemuh, merendah-rendahkan orang lain, mencela, mencari kesalahan orang lain dan mengumpat saudara yang lain kerana perkara ini akan membawa kepada pergaduhan. Berkemungkinan orang yang diumpat, dicaci, dimaki itu lebih baik disisi Allah berbanding orang yang mencaci, memaki dan lain-lain. Allah mencintai akan kedamaian dan membenci akan kerosakan. Bahkan Allah menyukai orang yang mendamaikan apabila 2 orang mukmin sedang bergaduh kerana bersikap adil dan Allah itu bersifat Maha Adil.

Selain itu, perkara-perkara ini juga dilarang untuk kita lakukan terhadap manusia yang lain walaupun berbeza budaya, bangsa dan suku. Allah menjadikan manusia yang berbeza-beza untuk kita saling mengenali dan mempelajari perbezaan dari setiap kaum. Kita juga perlu tanamkan dalam diri bahawa semua manusia itu asalnya adalah sama kerana datangnya kita semua dari sisi Allah. Allah tidak memandang rupa diri tetapi Allah melihat siapa yang lebih tinggi ketakwaannya kepada Allah. 

Akhir sekali, bersihkanlah roh dengan mengenali dan mencari ilmu tentang sifat-sifat mulia Nabi Muhammad SAW kerana baginda sememangnya diciptakan untuk dijadikan ikutan oleh seluruh manusia. Allah akan melimpahkan rahmatNya kepada hamba yang mencintai kekasihNya. 

Allahumma salli 'ala sayyidina muhammad wa'ala 'ali sayyidina muhammad.

Wallahu'alam.

MAJDIAH ILYANI BT MOHD PIRZAN
2015258802










Terjemahan surah Al-Hujurat  ayat 6-13...

Wahai orang-orang yang beriman ! jika seseorang yang fasik datang kepadamu membawa suatu berita, maka telitilah kebenarannya, agar kamu tidak mencelakakan suatu kaum karena kebodohan (kecerobohan), yang akhirnya kamu menyesali perbuatanmu itu.  

(Al Hujurat ayat : 6)

  • Apabila mendapat sesuatu berita, periksalah terlebih dahulu berita tersebut sebelum disampaikan kepada khalayak ramai. Ianya bagi mengelak fitnah dan Allah tidak suka pada orang yang mengada-adakan cerita.


  • Janganlah mencemuh dan merendah-rendahkan seseorang itu, kalaw-kalaw yang kamu cemuh itu sebenarnya mulia dan lebih baik disisi Allah.

  • Jangan pandang rendah dan bersangka buruk (su’uzon) pada Allah sebaliknya, kita manusia yang kerdil lagi hina hendaklah bersangka baik (husnuzon) pada Allah kerana sesungguhnya Allah itu Tuhan yang menciptakan sekalian alam.




Tunjang surah Al-Hujurat adalah ayat 13:


Wahai manusia ! Sesungguhnya, kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sesungguhnya, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui, Maha Melihat.

(Al-Hujurat ayat : 13)

  • Allah telah tinggalkan pada kita Al-quran sebagai panduan untuk umat islam dalam urusan seharian. 

  • Allah juga menitik beratkan pergaulan terhadap berbagai etnik. 

  • Sebagai makhluk di atas muka bumi Allah ini, umat islam dalam kehidupannya tidak dapat terlepas dalam berkomunikasi dengan manusia lain, baik yang beragama islam, mahupun yang bukan islam terhadap orang-orang yang bukan islam, umat islam perlu senantiasa berbuat baik. 

  • Allah menggalakkan process kenal-mengenal (litaa’arofu) supaya dapat mengenali budaya, adat resam dan sebagainya. Ini menunjukkan, timbulnya  rasa hormat dalam kalangan kita.

-Melayu-Cina-India-





NUR RAMIZAH HAMZAH
2014248152
^_^



No comments:

Post a Comment