Saturday 10 October 2015

REFLEKSI MINGGU 2 - ALAM DUNIA,KUBUR & AKHIRAT


Assalamualaikum
Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah segala puji bagi Allah atas segala nikmat masa dan peluang untuk mendapat ilmu pada minggu kedua ini. Jadi secara ringkasnya apa yang boleh saya pelajari daripada pembelajaran minggu ini dan apa yang boleh kita semua sama-sama refleksikan adalah:

Sebagai seorang manusia yakni juga seorang hamba wajiblah untuk kita semua cuba untuk menjadi muslim yang terbaik antara yang terbaik. Dunia merupakan pentas untuk diuji siapa yang lebih bertakwa kepada Allah tanpa mengira kaum, bangsa dan budaya. Selain itu, kita juga perlu tahu tujuan utama kita berada didunia adalah untuk melunaskan perjanjian kita terhadap Allah semasa di alam roh dahulu. Sejauh mana bukti kesaksian kita bahawa Allah itu adalah tuhan kita dan tuhan seluruh alam. 

Kehidupan didunia yang terlalu singkat ini tidak seharusnya diabaikan dengan perkara yang sia-sia. Apabila roh sudah berpisah dengan jasad maka kita semua akan melangkah ke alam yang baru dimana masanya lebih panjang dan lama berbanding masa didunia. Alam akhirat, Allah akan menyempurnakan keadilanNya dengan berkat kasih dan sayangNya kepada sekalian makhluk. Siapa yang melakukan kebaikan akan peroleh balasan yang baik dan siapa yang melakukan kejahatan atau dosa akan menerima balasan yang setimpal. Sesungguhnya Allah itu bersifat Maha Adil. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa berusaha untuk mendidik dan membaiki diri dari semasa ke semasa untuk membuktikan kesaksian kita pada Allah.

Justeru, kita sebagai seorang hamba yang lemah kerana mudah terpengaruh dengan nafsu dan terpedaya dengan tipu helah syaitan mestilah yakin dan mengharapkan pertolongan hanya daripada Allah yang Maha Besar. Berserah diri dan bertawakallah kepada Allah. Allah yang Maha Penyayang tidak pernah akan menghampakan hambaNya yang sentiasa berharap kepadaNya 

Melatih diri untuk beramal soleh akan melahirkan roh yang sihat dan roh yang sihat akan melahirkan individu yang bertakwa. Dan sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertakwa. InsyaAllah.

Wallahu'alam

MAJDIAH ILYANI BT MOHD PIRZAN
2015258802








5 Alam yang pasti semua laluinya !!!!

(Alam Roh)
= Roh itu sebenarnya yang menghidupkan jasad.

(Alam Rahim)
= Alam Rahim adalah tempat persiapan jasad.

(Alam Dunia)
= Alam yang paling pendek tetapi paling kritikal.
= Melunaskan kesaksian.

(Alam Kubur)
= Jasad berhenti berfungsi.
= 3 amalan yang masih belum putus
# Amal Jariah
# Sedekah
# Doa anak yang soleh

(Alam Akhirat)
= Penyempurnaan keadilan dan kasih sayang Allah.
= Nikmat yang paling tinggi.







Dia mengatur segala urusan dari langit ke bumi, kemudian (urusan) itu naik kepada-Nya dalam satu hari yang kadarnya (lamanya) adalah seribu tahun menurut perhitunganmu. 
(As-Sajdah: Ayat 5)

Nisbah umur dunia adalah 2 saat masa akhirat. Ianya paling pendek. Terlalu kritikal. Tanamkan dalam diri hidup aku ini untuk melunaskan kesaksian pada Allah.

Perjanjian dengan Iblis:
Iblis- ketua para syaitan.

Syaitan- Tentera-tentera iblis.
                  - Ada makhluk jin yang ikut syaitan dan ada juga yang ikut syariat Rasulullah.

Jin- Menjadi tentera syaitan.

       - Sebab itu masa makan kena beradab sebabnya ada golongan yang satu lagi.



TERJEMAHAN AYAT

1. Dan sesungguhnya kutukan itu tetap menimpamu sampai Hari Kiamat.
(Al-Hijr: Ayat 35)

# Dan sesungguhnya engkau (iblis) di timpa laknat terus-menerus hingga ke hari kiamat.
# Daripada semua makhluk Allah paling sayang adalah manusia


2. Ia (iblis) berkata, “Wahai tuhanku, (kalau begitu) maka berilah penaggguhan kepadaku sampai hari (manusia) dibangkitkan.
(Al-Hijr: Ayat 36)

3. Allah berfirman, “(Baiklah) maka sesungguhnya kamu termasuk yang diberi penagguhan.
(Al-Hijr: Ayat 37)
# Iblis yang dilaknat pun Allah pekenankan pemohonan dia apatah lagi kita.


4. sampai hari yang telah ditentukan (Kiamat).
(Al-Hijr: Ayat 38)
# iblis boleh datang dari kanan, kiri dan bawah tetapi tidak dari atas kerana itu jalur (laluan) Allah.


5 kefahaman terhadap 5 alam yang di lalui oleh manusia.


1. Apakah yang diserang oleh iblis?
Iblis akan serang roh dan ketauhidan kita pada Allah.

2. Siapakah golongan yang tidak dapat disesatkan oleh iblis?
Hamba yang tidak mensyirikkan Allah.

3. Mengapakah Allah memakbulkan doa iblis dalam surah Al-Hijr ayat 37?
Kerana perlindungan Allah dan kasih sayang Nabi.

4. Hakikat penciptaan manusia di dunia
Perjanjian kita dengan Allah

5. Kemajuan & Kebahagiaan yang sebenar
Kemajuan yang sebenar dan kebahagiaan adalah roh itu sendiri

6. Kebendaaan hanya untuk alam dunia, pengakhiran nanti kita dengan Allah jugak.
* Fokus untuk baiki diri
* Baiki niat
* Kenali Tuhan & hakikat hidup
* Tidak perasan bagus – Syaitan dilaknat sebab perasan bagus
* Kasih saying untuk sekalian alam



Tahap HE: Secara Negatif


Situasi ini adalah tidak sihat dalam kehidupan seharian !



Pesanan SZ !

  • Roh akan mati kalaw tidak mendengar ilmu agama
  • Nak berfesyen boleh, tetapi jangan sampai mensyirikkan Allah
  • Agama bukan beban….ia adalah memberi rahmat
  • Nak beri kasih sayang, Nabi cakap dengan 3 cara:  
  1.     Bagi salam
  2.     Bagi jamuan/belanja makan
  3.     Beri hadiah


NUR RAMIZAH HAMZAH 
2014248152
^_^








No comments:

Post a Comment