Thursday 15 October 2015

KESIMPULAN PERBENTANGAN KAMI

PEMBENTANGAN
(BAB 2: PLURALITI MASYARAKAT ALAM MELAYU DALAM SEJARAH)

REFLEKSI BAB 2

Assalamualaikum.

Untuk bab 2 ini, kumpulan kami ditugaskan untuk membentang tajuk Pluraliti Masyarakat Alam Melayu Dalam Sejarah. Di dalam bab ini, saya telah mempelajari tentang perkembangan dan pembentukan masyarakat majmuk yang berlaku sebelum kedatangan penjajah barat lagi. Pembentukan ini berlaku secara sukarela dan tanpa paksa mana-mana pihak. Justeru itu, ia berlaku dalam keadaan yang aman dan damai. Sifat keterbukaan masyarakat Melayu ketika ini mengundang para pedagang dari negara jiran seperti India, China dan Arab datang untuk berdagang di Melaka. Selain itu juga, pembangunan Melayu Melaka yang terkenal sebagai pusat persinggahan para pedagang luar kerana beberapa faktor seperti kedudukan strategik yang terlindung daripada angin monsun, sesuai untuk para pengembara dan turut terkenal dengan rempah ratus. 

Hubungan Alam Melayu dengan India terjalin dan terbentuknya beberapa adat Melayu yang diadaptasi daripada adat masyarakat India. Antaranya ialah bersanding, berinai, melenggang perut, bercukur, dan majlis doa tahlil. hubungan dengan China terjalin maka terbentuknya asimilasi dan wujudnya kaum Baba dan Nyonya yang terkenal di Melaka. Walau bagaimanapun, Prof. Syed Naquib al-Attas berpendapat bahawa pengaruh Hindu Buddha tidak berapa mempengaruhi penduduk tempatan. Kenyataan ini dibuktikan seperti, tidak ada nama yang diguna pakai dalam masyarakat tetapi hanya digunakan oleh golongan bangsawan sahaja. 

Seterusnya adalah pluraliti zaman penjajah. Pluraliti ketika ini berlaku secara paksaan dan dikerah oleh satu pihak yang berkuasa. Keluarga tidak dibenarkan untuk berpidah atau berhijarah bersama. Pada zaman ini tercetusnya fahaman Sekularisme yang dibawa masuk oleh para penjajah. Mereka telah berjaya memasukkan fahaman yang memisahkan agama dan kehidupan dunia. Ekoran dengan ini, 2 golongan telah dibentuk, antaranya ialah golongan yang menyokong agama (dianggap mencetuskan huru-hara dan perselihan)  dan golongan sains barat moden (dianggap yang menyatu padukan masyarakat dan membolehkan mereka hidup aman dan damai kerana kemajuan sains barat moden) 

Selain itu, ideologi yang disebarkan oleh penjajah barat amat prejudis. Mereka turut mengasingkan bangsa Melayu, Cina dan India dari segi tempat tinggal dan sektor pekerjaan. Hal ini merupakan tujuan utama dalam pembentukan sistem ekonomi dualisme. Orang Melayu bekerja ddi sektor pertanian tradisional. Orang Cina telah diberi dominasi dalam sektor ekonomi moden seperti perlombongan, perkilangan dan perkhidamatan. Orang India bekerja dalam bidang pengangkutan, perniagaan dan kewangan. Ketidakseimbangan ekonomi ini dapat menimbulkan perasaan dan sifat prejudis antara masyarakat yang berbilang bangsa. 

Antara kesan penjajahan barat yang masih dirasaai sehingga kini adalah seperti pembawakan sistem demokrasi yang dahulunya Tanah Melayu menggunakan sistem feaudal iaitu pemerintahan Beraja, wujudnya dualisme dalam sistem perundangan di Malaysia iaitu Sivil dan Syariah. Seterrusnya dalam sektor ekonomi, wujudnya perbezaan pendapatan di antara kaum dan wilayah. Seterusnya dari segi pendidikan, kerajaan telah menubuhkan banyak institusi pengajian tinggi untuk pelajar Melayu, penggunaan sistem pembelajaran yang bersumberkan bahan-bahan ilmiah dan rujukan dari barat. Dari segi sosial, kemudahan kereta api masih digunakan sehingga kini, wujudnya perhubungan yang lebih canggih iaitu melalui udara  dan kemajuan pelabuhan dan perkapalan. Akhir sekali dari segi kesenian bangunan, Malaysia telah banyak membina bangunan yang mempunyai corak moden yang diadaptasi dari barat. Kesenian muzik juga tidak terkecuali dari pengaruh barat kerana terdapat pelbagai 'genre' muzik seperti 'jazz', 'rock', 'pop', 'balada' dan sebagainya,

Justeru itu, sebagai anak muda yang bakal menggantikan tempat pemimpin kini perlulah mengetahui apakah kesan dan tinggalan budaya penjajah terhadap negara kita. Hal ini kerana, budaya melayu kita makin pudar kelihatan diamalkan oleh anak muda kini. Tambahan pula, apa yang saya lihat, budaya barat ini sebenarnya membawa kepada kerosakan akidah para remaja kini, kerana keseronokkan dan kebebasan yang terlampau. Kes buang bayi, pergaulan bebas, hiburan yang terlampau (kelab hiburan) ternyata dapat merosakkan anak bangsa yang kini amat menghiraukan masayarakat.

Sekian, terima kasih.


No comments:

Post a Comment