Thursday 8 October 2015

REFLEKSI MINGGU 1 - ALAM ROH




Alhamdulillah segala puji bagi Allah diberi peluang untuk mempelajari dan mendalami berkaitan alam roh pada minggu lepas bersama ustazah dan rakan sekelas. Jadi, berdasarkan apa yang saya telah pelajari pada minggu lepas, disini saya ingin kaitkan bagaimana peristiwa alam roh ini boleh dikaitkan dengan kewujudan kita sebagai ahli masyarakat.

Untuk makluman semua, setiap manusia akan melalui 5 alam yang terdiri daripada alam roh, alam rahim, alam dunia, alam barzakh dan alam akhirat. Di alam roh kita semua iaitu setiap umat manusia tidak kira islam mahupun bukan islam telah membuat perjanjian dan bersaksi kepada Tuhan sekalian alam iaitu Allah bahawa Dia adalah satu-satunya tuhan kita. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah. Perjanjian ini boleh dirujuk pada surah Al-A'raf; ayat 172-173.  http://kamikongsiilmu.blogspot.my/2015/09/pengajaran-ayat-al-araf.html

Untuk pengetahuan semua, kejadian roh sebelum ditiup ke setiap jasad manusia, ianya didatangi daripada sisi Allah sendiri dan dimana roh kita bersifat sangat mulia dan baik. Jika rosaknya seorang individu itu, maka kunci untuk perbaikinya adalah dari roh. Oleh itu, setiap manusia mempunyai keterikatan kepada Tuhan. Ini bermaksud setiap manusia sebenarnya mempercayai akan kewujudan Tuhan. 

Hari ini, kita sendiri boleh lihat betapa sakitnya jiwa masyarakat kita. Kes bunuh, rogol, ragut, curi, buli, buang bayi, rempit, maksiat dan lain lain sudah menjadi satu kebiasaan bagi kita untuk melihatnya di akhbar-akhbar, internet dan televisyen. Jadi siapakah yang perlu dipersalahkan dalam hal ini atau yang perlu diperbetulkan akhlaknya? Sudah tentu pada individu itu sendiri. Bukanlah pada masyarakat yang ramai. Mengapa pada roh? Berbalik kepada kejadian roh setiap individu yang didatangkan dari sisi Allah dan roh merupakan kunci kepada jasad manusia. Dan bagaimana?

Caranya adalah dengan meyakini bahawa Allah yang maha Pengasih dan Penyayang itu sentiasa berada dekat dengan kita dan merasakan akan kehadiranNya. Bahkan Dia telah menyatakan yang Dia berada lebih dekat dengan hambaNya berbanding urat leher kita sendiri. Kebiasaannya, individu yang merosakkan jiwanya adalah kerana mereka kurang merasakan kasih sayang. Mereka merasakan masih ada yang kurang dan masih ada yang tidak cukup diberi. Cukuplah dengan merasai dan mengingati kembali segala nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah sepanjang kita hidup. Bernafas, belajar, keluarga, rakan-rakan, makanan, wang, masa, bahagia, tenang, gembira, berjalan, berlari segalanya merupakan satu nikmat. Terlalu banyak nikmat yang Allah telah kurniakan kepada kita. Ini merupakan satu bukti diatas namaNya yang maha pengasih dan penyayang.

Allah sentiasa mengingatkan kepada hambaNya bahawa Dialah yang Maha Penyayang.
"Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan" (Surah al-alaq;ayat 1) 
Dimana sebelum kita memulakan bacaan atau hendak melakukan sesuatu perkara sebaiknya kita memulakan dengan "Bismillahirrahmanirrahim" yang bermaksud
"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang".

Kita perlulah merasakan diri kita disayangi untuk memberi kasih sayang kepada orang lain. InsyaAllah baiknya individu, akan lahirlah masyarakat yang baik.

Selain itu, sebagai seorang manusia sama ada islam mahupun bukan islam, kita telah memegang tanggungjawab untuk mencari pegangan agama dan mengenali tuhan kita. Tuhan yang pernah kita berjanji dan bersaksi dahulu semasa di alam roh. Oleh sebab itu, Allah telah menghantar para nabi dan rasul untuk menunjukkan kita kejalan yang benar dan Nabi Muhammad SAW telah meninggalkan al-quran dan hadis untuk kita jadikan panduan. Jadi peganglah dan rujuklah al-quran dan hadis untuk mengenali Allah dan Islam.

Wallahu'alam.

MAJDIAH ILYANI BT MOHD PIRZAN
2015258802

Soalan: Bagaimanakah kita dapat mengaitkan kuwujudan sebagai ahli masyarakat dengan peristiwa di alam roh?

Alhamdulillah, puji syukur dipanjatkan kehadirat Allah SWT Tuhan dan penguasa alam semesta. Selawat dan salam semoga senantiasa dicurahkan kepada junjungan Nabi Muhammad SAW.
Bersyukur saya disini kerana Allah memberi peluang untuk saya mempelajari topik pada minggu lepas bersama Ustazah Mahfuzah dan kawan-kawan seperjuangan yang lain. Saya turut bersyukur kerana Allah telah membeli peluang saya untuk menulis entry blog ini bagi berkongsi ilmu yang saya dapat dengan pembaca sekalian. 
Minggu lepas saya telah pelajari tentang asas kejadian manusia yakni permulaan kita sebagai manusia sebelum menjadi jasad. Terdapat 5 alam kejadian manusia antaranya ialah alam roh, alam rahim, alam dunia, alam barzakh dan alam kiamat. Untuk entry blog kali ini, saya ingin membincangkan tentang alam roh dan perkaitan dengan kewujudan kita sebagai ahli masyarakat.

Baru semalam saya ada terlihat satu gambar di laman sosial facebook dimana gambar itu tertera perbualan dua orang di dalam aplikasi whatsapp. Setelah membaca perbualan mereka, saya terperanjat, kecewa dan marah! Perbualan tersebut mengisahkan seorang peniaga dan pelanggannya. Apa yang menyebabkan saya berasa begitu kerana pelanggan itu bertanya “macam mana nak buat ni kak” sambil menunjukkan janin dan tali pusat yang terkeluar dari kemaluannya. Lalu individu A menjawab “potong tali yang keluar itu”. Apabila saya selidik sebenarnya, individu ini menjual pil gugurkan kandungan.

Masyallah! Apa yang dapat aku gambarkan adalah bumi kini terlalu nazak disebabkan oleh manusia yang mencemarkannya. Bukti apakah lagi yang kita mahu untuk menyedarkan kita bahawa kiamat sedang menghampiri kita? Dalam hadis lain diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Sahal r.a. disebutkan bahwa Rasulullah saw. Bersabda, “Jarak antara diutusnya aku dan kiamat adalah seperti dua ini,” sambil beliau menunjuk dua jari dan membentangkannya. Redaksi riwayat Muslim dari Sahal : Aku melihat Rasulullah saw. Menunjuk jari telunjuk dan jari tengah, lalu bersabda, “Jarak antara diutusnya aku dan kiamat seperti ini.” (https://www.islampos.com/jarak-diutusnya-rasul-dan-kiamat-hanya-dua-jari-84056/)

Kita analogikan gejala-gejala negatif ini sebagai ‘virus’ di dalam masyarakat kita. Bagaimana untuk kita membuang dan menyingkirkan ‘virus’ ini sebelum menjadi lebih meluas? Sebelum kita ingin mengatasi masalah tersebut, kita perlu mengenal pasti apakah punca ‘virus’ tersebut. Saya memberi analogi untuk membantu pembaca lebih faham dengan situasi ini. Sebagai contoh, apabila seorang pelajar daripada Fakulti Sains Kesihatan telah melakukan sesuatu perbuatan yang buruk seperti mengeluarkan bahasa kasar di dalam lif dan mengenakan baju yang menjolok mata, pasti kita tertanya “dari fakulti mana tu?” Secara tidak langsung individu tersebut telah memberi pandangan yang buruk terhadap fakulti beliau dan menjejaskan masyarakat di lain di dalam fakulti tersebut. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Peribahasa itu juga dapat menggambarkan situasi yang saya akan kupas ini.

Pembaca yang dihormati sekalian. Di sini kita dapat melihat bahawa kerosakan masyarakat itu adalah berpunca daripada sikap individu yang melakukan gejala tersebut. Hati merupakan ibu pada tubuh badan kita. Disinilah lahirnya niat seseorang itu sebelum melakukan sebarang tindakan dan keputusan. Dalam ingin mengatasi sikap individu itu, kita haruslah mengambil tahu bagaimana keadaan hatinya. Hati yang sakit akan menghasilkan tindakan yang sakit atau buruk. Dalam pada itu, hati juga tempat semadi nya roh kita. Sebelum sampai nya kita di alam rahim dan alam dunia, roh kita semua sudah dihidupkan sewaktu kita di alam roh. Ketika ini, semua roh kita, tidak kira roh orang islam mahupun yang bukan islam dikumpulkan oleh Allah swt. Apa? Kalau roh bukan islam pun ada disitu, kiranya roh segala artis-artis barat, Lady Gaga, Justin Bieber, Barack Obama, Whitney Houston, ada la? Ya…

Firman Allah Taala, Dan ingatlah ketika Tuhanmu mengeluarkan dari sulbi (tulang belakang) anak cucu Adam keturunan mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap roh mereka (seraya berfirman), ” Bukankah Aku ini Tuhanmu? Mereka menjawab, “Betul (Engkau Tuhan kami), kami bersaksi. (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan, “Sesungguhnya ketika itu kami lengah terhadap ini,”

Merujuk pada firman Allah di atas, ketika itu berlakunya perjanjian antara dua pihak yakni perjanjian antara Allah dengan roh manusia. Setelah Allah menjadikan roh kita daripada tulang belakang anak cucu Adam, Allah telah membuat perjanjian dengan kita dengan bertanya, “Bukankah Aku ini Tuhanmu?” Soalan tersebut sebenarnya memberi pilihan pada kita samada ia benar atau tidak. Lalu para roh menjawab, “Betul (Engkau Tuhan kami) kami bersaksi.” Ketika itu tidak seorang pun dikalangan roh-roh yang mengatakan tidak pada soalan Allah tersebut malah para roh bersaksi tentang kebenaran itu. Apakah yang dimaksudkan dengan bersaksi? Saya beri satu analogi kepada pembaca sekalian. Di dalam perbicaraan di mahkamah, untuk mensabitkan kesalahan kepada pesalah, pihak mahkamah memerlukan bukti yang cukup dan sahih. Maka dengan itu, mereka memerlukan persaksi yang melihat dan berada sewaktu kejadian itu berlaku untuk mengemukakan kenyataan dari mereka semasa di bicarakan dan mereka turut dipanggil ke dalam mahkamah tersebut.

Sudah terjawab maksud bersaksi tersebut? Para roh menjawab, “Betul, kami bersaksi (melihat dan berada sewaktu perjanjian itu berlaku) Tetapi, mengapa ketika itu tidak ada seorang pun dikalangan roh-roh yang mengatakan TIDAK pada soalan Allah tersebut? Hal ini kerana sifat roh yang baik, patuh kepada perintah Allah dan tidak berlaku zalim. Mari kita berbalik pada kondisi kesihatan hati-hati individu yang berada di kelompok masyarakat kini. Bukankah dahulu sifat kita adalah baik? Tidak melawan perintah Allah? Membenarkan dan melakukan perintah Allah?

Sebagai ahli masyarakat, kita perlu hidup di bawah naungan Tuhan (Allah). Hendaklah patuh pada perintaNya. Tidak kah kau merasa segala nikmat yang Allah kurniakan pada kita? Pada setiap kerdipan mata, pada setiap tarik dan hembusan nafas mu, pada setiap detik nadimu yang sentiasa berjalan dan pada kesihatanmu yang baik hingga kini. Dan tidak kah kita berasa cukup di atas segala nikmat tersebut? Firman Allah Taala, “Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?” Hendaklah kita bersyukur dengan segala nikmat yang telah diberikan kepada kita. Balaslah terima kasih pada Allah dengan mengerjakan segala suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya, mengerjakan solat sunat, meletakkan segala sesuatu padaNya yakni tawakal dan berlindunglah hanya padaNya.



Apakah mustahil untuk kita bertaubat dan bersikap baik setelah banyak dosa yang kita telah kerjakan? Tidak mustahil, kerana sifat roh itu sendiri yang Allah kurniakan adalah baik dan patuh. Carilah masa senggang untuk ‘sweet-sweet’ dengan Allah, berinteraksi dengan Allah, mendekatkan diri dengan Allah.


Hidup, Cuma sekali. Alang-alang kita hidup, apa salahnya jika kita menjadi insan yang baik disisi Allah dan tentunya kita sedang mengejar rahmat Allah, kerana bukan pahala dan amalan kita yang membawa kita ke syurga, tetapi hakikatnya adalah rahmat (kasih sayang) Allah.

Sekian terima kasih.

Yang menggerakkan tangan untuk menulis, memberikan ilmu untuk saya mengolah adalah Allah, saya Cuma medium Nya sahaja :)

Yang Benar,

Siti Amirah binti Adnan
2015834782





عالم روه -

=Roh itu sebenarnya yang menghidupkan jasad.
=Pada fasa ini berlakunya Perjanjian dengan Allah.

Perjanjian Alam Roh:
Semua orang bertuhan.
Siapa-siapa yang dia berjumpa di alam dunia bermakna di alam roh mereka sudah pun    berselisih.

Perjanjian Azali:
Roh terikat dengan keterbatasan jasad.
Alam juga berbeza.
Allah sengaja menjadikan kita lupa tapi Allah bekalkan kita dengan Al-Quran.

Ad-Din terdiri daripada 3 rukun:
Rukun iman- tedapat 5 rukun iman.
Rukun islam- terdapat 6 rukun islam.
Rukun ikhsan - ikhsan ini yang membuang rasa kehambaan.



Pesanan SZ !



Sedekahkan Al-Fatihah pada sesiapa sahaja. Al-Fatihah bukan sahaja dibacakan untuk kematian seseorang sahaja.

a) Niat terlebih dahulu dalam hati kita nak hadiahkan Al-Fatihah ini pada siapa. 
(pastinya junjungan besar kita Rasulullah, seterusnya ibu ayah kita).

b) Risaukan keadaan mak kita yang sakit di kampung cepat-cepat kita sedekahkan Al-Fatihah.

Waktu Dhuha dalah waktu yang tidak bagus untuk tidur.

a) Dalam banyak-banyak waktu, waktu dhuha yang paling cantik sekali.

            


b) 6.00 pagi-8.00 pagi adalah waktu yang paling sesuai untuk mengulang kaji pelajaran.

                     

                                                   


NUR RAMIZAH HAMZAH
2014248152
^_^

No comments:

Post a Comment