Friday 18 September 2015

PENGAJARAN AYAT AL-A'RAF




SURAH AL-A'RAF (172-173)


Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab: "Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi." (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya kami (bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan)atau agar kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya orang-orang tua kami telah mempersekutukan Tuhan sejak dahulu, sedang kami ini adalah anak-anak keturunan yang (datang) sesudah mereka. Maka apakah Engkau akan membinasakan kami karena perbuatan orang-orang yang sesat dahulu",

Pada ayat al-a'raf 172, Allah mengingatkan kepada seluruh manusia bahawa setiap roh yang dicipta olehNya telah mengakui dan membenarkan bahawa Allah itu adalah Tuhan sekalian alam dengan penyaksian oleh diri mereka sendiri sebelum ia ditiup kedalam jasad.

Manakala pada ayat al-a'raf 173, Allah SWT mengingatkan kepada seluruh umat manusia supaya tidak cuba untuk melepaskan diri daripada seksaan Allah SWT di akhirat kelak atas perbuatan syirik mereka sendiri dengan menyalahkan nenek moyang atau keturunan sebelum mereka. Ini kerana, ketika alam roh setiap daripada kita telah mentauhidkan Allah atau mengakui bahawa Allah itu adalah Tuhan sekalian alam dihadapanNya dan telah disaksikan oleh diri kita sendiri.

Berdasarkan ayat al-a'raf 172 hingga 173, pengajaran yang boleh diambil adalah tentang kewajipan kita sebagai seorang hamba untuk mentauhidkan Allah SWT. Dimana tauhid ini membawa maksud dengan mengesakan Allah SWT, tiada sekutu bagiNya, yang bersifat dengan segala kesempurnaan, kesucian, kebesaran dan keadilan. Tauhid itu gendaklah disempurnakan dengan keyakinan yang kukuh dengan hati, mengakui dengan lidah dan melaksanakan dengan anggota oleh setiap umat manusia di muka bumi ini.

Setiap daripada kita telah bersaksi akan keesaan Allah SWT yakni berjanji untuk menjadi seorang hamba yang bertauhid dihadapan Allah ketika dialam roh. Oleh itu, tiada sebab untuk kita menyalahkan sesiapa diakhirat kelak akan perbuatan dan dosa kita sendiri.

Wallahu'alam


3 comments: