Friday 4 December 2015

REFLEKSI MINGGU KE 12 - SURVIVAL MELAYU & ISLAM DAN HUBUNGAN ETNIK


Alhamdulillah hari ini, telah sampai ke pengakhiran pembelajaran malaysia dalam konteks hubungan etnik. Berdasarkan 2 tajuk dalam pembelajaran pada hari ini, saya dapat simpulkan bahawa islam menjadi asas dan tunjang kepada usaha mengekalkan orang Melayu dan bumiputera untuk terus wujud atau hidup sekali gus membina hubungan etnik antara bangsa-bangsa yang lain. 

Kerajaan telah mengusahakan pelbagai cara seperti dalam aspek pendidikan dengan menubuhkan RIDA untuk meningkatkan taraf hidup orang melayu, sosial mahupun budaya. Tetapi realiti hari ini, kita boleh lihat sendiri bagaimana bangsa melayu dalam masyarakat telah terbentuk dan sedang dibentuk. Kita sering menganggap cabaran untuk survival melayu adalah berpunca daripada pihak luar yang cuba mengancam sedangkan segalanya bermula dari kita sendiri. Mengapa kita tidak lihat semula pada diri kita sendiri, orang sekeliling kita, bangsa kita? 

Daripada Abu Hurairah r.a Rasulullah telah bersabda:
"Jika ada seseorang berkata: "orang ramai sekarang ini sudah rosak", maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka." (H. R. Muslim)

Persoalkan mengapa terlalu ramai bangsa melayu sendiri terjebak dalam jenayah dan maksiat? Bagaimana bangsa melayu mahu terus membangun dan kekal jika pewaris-pewaris bangsa sudah rosak. Sifat yang tiada persefahaman, mementingkan diri sendiri dan rasa selesa menyebabkan bangsa melayu mudah bersikap prejudis dan menyalahkan pihak luar sebagai ancaman dalam survival melayu. Secara kesimpulannya, saya menyeru agar bangsa kita keluar daripada zon selesa yang dihiasi dengan materialistik untuk berusaha dengan lebih keras dalam menjadi individu yang hebat sekaligus membina masyarakat bangsa yang hebat. 

Berbalik pada islam sebagai rujukan bagaimana cara untuk menjadi individu yang hebat dan bangsa yang berjaya. 

Pertama, bagi mencipta kesefahaman antara bangsa lain untuk mengelakkan sifat prejudis ialah dengan mengikut garis panduan yang islam telah ajar dalam membina hubungan etnik iaitu ta'aruf, tafahum, ta'awun, tadhamun, ukhuwwah dan mahabbah. Hasil daripada hubungan etnik ini ialah kasih sayang dan ia sangat penting dalam membentuk hubungan yang baik antara etnik dan dapat mengelakkan salah faham.

Kedua, menggunakan konsep wasatiyyah yang bermaksud jalan yang terbaik antara dua ekstrimist. Kita sebagai umat islam percaya akan wujudnya akhirat maka bercita-citalah untuk berjaya di akhirat kelak dengan mati sebagai pejuang. Gunakan dunia sebaik-baiknya dan sepenuhnya untuk menjadi modal kejayaan kita di akhirat kelak. Dengan ini, kita bangsa melayu yang beragama islam pasti akan berusaha untuk menjadi yang terbaik di kalangan masyarakat.

InsyaAllah. Wallahu'alam

MAJDIAH ILYANI MOHD PIRZAN
2015258802





-السلام عليكم ورحمة وبركاتة-

-Nasib Melayu Di Bumi Melayu-


Kemerdekaan adalah bermulanya daripada anak melayu.
Ingin jadi bangsa yang hebat adalah asasnya diri kita sendiri. Berbalik kepada bab 1 iaitu Alam Roh.
  • Kita haruslah bersatu padu untuk mewujudkan keadilan.
  • kita haruslah bersatu padu untuk survival melayu untuk generasi akan datang.
Allah menjadikan kita berbagai-bagai bangsa TAPI yang membezakan kita adalah "تقوى" seseoranag itu.

Bagaimana kita nak satukan orang berbangsa melayu dengan orang cina ??..Bagaimana nak membentuk parti politik yang baik:

I. NILAI KEMANUSIAAN

II. KASIH SAYANG

Nak dapatkan kasih sayang adalah dengan IQRA' (Baca). Ilmu itu pelita hidup. Adanya ilmu tidak sesatlah seseorang manusia itu.


Jauhi Penyakit "ـحب الدنيا" (Cintakan Dunia).

Selain itu, Tuhan menganggap dunia ini tiada nilainya maka Tuhan beri pada orang kafir atas dasar pemurah-Nya. Dalam satu Hadis Qudsi Tuhan menyebut:

 "Kalaulah dunia ini ada nilainya setimbang sebelah sayap nyamuk pun, maka orang kafir tidak akan dapat makan." Bagi Tuhan, dunia ini langsung tidak ada nilai walau sebesar sayap nyamuk. Dunia ini walaupun besar, ada emas, ada timah, ada berlian, ada Jepun, Amerika dan Eropah tetapi Tuhan beritahu kita, seluruhnya itu kalau hendak dibandingkan dengan sebelah sayap nyamuk pun tidak ada nilainya. Kalau dunia ini ada nilai sekalipun hanya sekadar senilai sebelah sayap nyamuk, pasti Tuhan tidak akan beri kepada orang kafir dan orang jahat. 


Pesanan SZ !

Jangan jadikan mati kita saja-saja !

Akhir zaman ini jangan niat mati saja-saja !

Niat mati sebagai PEJUANG (syuhada')


Kebebasan hendaklah diikat dengan TANGGUNGJAWAB !

Cara nak tarik perhatian Allah pada kita dengan cara TOLONG ORANG !

 #BanyakkanTolongOrang


NUR RAMIZAH HAMZAH
2014248152
^_^



Bismillah dan Assalamualaikum 

Setelah mempelajari bab Survival Melayu ini, apa yang saya dapat simpulkan adalah kita perlu berusaha dalam mengekalkan agenda penyatuan dan pendidikan Melayu. Hal ini untuk mengelakkan hak keistimewaan orang Melayu yang telah termaktub dan dipersetujui di dalam Perlembagaan Persekutuan, ditindas dan di persoalkan oleh mana-mana pihak. Perlunya penyatuan dan perpaduan yang kuat di antara kita supaya kita semua tidak berpecah belah di kalangan orang Melayu akibatnya timbullah perbezaan ideologi politik dan turut hanya mementingkan diri sendiri.  



Menurut Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Datuk Sahol Hamid Abu Bakar, beliau menegaskan suapay kite perlu terus menyahut agenda perpaduan dan pendidikan ini untuk mejamin masa depan survival Melayu yang cerah dan untuk diwarisi oleh generasi yang seterusnya. Menurut beliau juga, ia juga merupakan satu maruah dan darjat bangsa kita yang harus diangkat ke tahap yang tertinggi dan kekal di atas.


Isu pendidikan Melayu seperti di UiTM perlu dipertahankan dan direalisasikan jika orang Melayu mampu mendahulukan keperluan rakan sebangsa,'' tambahnya lagi.





Pada pendapat saya, institusi pengajian tinggi seperti UiTM perlu di jaga dan dilindungi. Hal ini untuk melahirkan mahasiswa dan mahasiswi daripada bangsa Melayu yang tidak kurang hebatnya dari aspek pendidikan mahupun moral yang telah diterapkan oleh pensyarah-pensyarah dan dekan yang sangat bertauliah. Maka dengan itu, Universiti seperti ini dapat melahirkan perpaduan yang kuat dan akrab di antara bangsa melayu. Senario ini mampu menggambarkan dan membuktikan bahawa kita semua, terutamanya golongan belia dan mahasiswa Universiti sedang menyahut dan berusaha ke arah meneruskan survival Melayu. Justeru, negara dapat melahirkan cendekiawan-cendekiawan yang bijak pandai dan mampu memegang jawatan sebagai ketua negara dengan adil, saksama sekaligus dapat menerapkan pula nilai perpaduan sesama kaum di Negara Malaysia.



Jadikanlah sejarah yang silam adalah pengajaran, motivasi dan dorongan kita untuk terus berdiri di dalam negara sendiri demi memelihara maruah dan darjat bangsa kita dan pada masa yang sama kita tidak mengabaikan hak-hak bangsa lain. Bersatu teguh, berceri roboh. Marilah kita bersama-sama memajukan negara ini dengan acuan yang betul dan lurus supaya masalah atau konflik antara kaum, percanggahan ideologi politik tidak tercetus dan akan mengakibatkan perbalahan dan perpecahan antara 3 bangsa yang berbeza, Cina, India dan Melayu.

Siti Amirah binti Adnan 
2015834782



No comments:

Post a Comment