Friday 4 December 2015

AKTIVITI BAB 3 - NOVEMBER 2015

Bab 3:  Perlembagaan Malaysia dalam Konteks Hubungan Etnik
NOVEMBER 2015

S1:  Jelaskan konsep perlembagaan
  • -          Apakah yang dimaksudkan dengan perlembagaan?
i) Satu set peraturan tentang hak, kuasa dan prosedur serta tanggungjawab pihak yang mengawal dengan memandu hubungan diantara satu autoriti dengan autoriti yang lain, dan juga antara autoriti dengan rakyat awam.

ii) Satu dasar atau formula yang menyatakan tugasan kuasa-kuasa awam di dalam sesebuah negara dibahagikan dan digunakan.
  • -          Apakah komponen utama yang terkandung dalam perlembagaan?
Perlembagaan terbahagi kepada dua jenis iaitu perlembagaan bertulis iaitu perlembagaan yang dikumpul dan disusun dalam satu kanun atau dokumen. Ianya sukar dipinda kecuali wujud peruntukan dalam perlembagaan yang membenarkan. Yang kedua, perlembagaan tidak bertulis iaitu semua prinsip perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu dokumen seperti adat resam dan tradisi, undang-undang yang diluluskan oleh parlimen dan keputusan-keputusan mahkamah.


S2:  Mengapakah perlembagaan penting?
  • -          Apakah peranan dan fungsi perlembagaan bagi sesebuah negara?
Perlembagaan berperanan sebagai panduan bagi pembentukan undang-undang sama ada di pihak kerajaan atau rakyat. Perlembagaan adalah sumber undang-undang tertinggi sesebuah negara.


S3:  Apakah yang dimaksudkan dengan ketertinggian perlembagaan?

Ketinggian perlembagaan membawa maksud keluhuran perlembagaan dimana tiada undang-undang lain yang boleh mengatasi perkara-perkara dalam perlembagaan. segala rang undang-undang hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat perlembagaan. Jika terdapat undang-undang yang bertentangan dengan perlembagaan secara sendirinya ia akan terbatal dan mahkamah berkuasa untuk membatalkan mana-mana undang-undang yang digubal oleh mana-mana statut; iaitu tulisan formal undang-undang suatu negara.

S4:  Analisa perbezaan ciri-ciri utama bagi gagasan perlembagaan berikut:

Malayan Union
Persekutuan Tanah Melayu 1948
Perlembagaan Malaysia 1963
Kedudukan Raja Melayu
Dihapuskan 
Dikekalkan dan sultan diberi kuasa memerintah pentadbiran negeri 
majlis raja-raja melayu memelihara orang melayu, bahasa melayu dan islam mengikut negeri-negeri sendiri



Agama Islam
Raja menjadi ahli Majlis Melayu yang hanya membincangkan soal agama Islam dan adat istiadat Melayu

Sultan Negeri sebagai ketua agama dan adat istiadat Melayu
Agama Islam sebagai agama persekutuan (perkara 3) tetapi kebebasan agama-agama lain dibenarkan. 




Kedudukan negeri-negeri Melayu
  • Terdiri daripada sembilan buah negeri Melayu, Pulau Pinang dan Melaka.
  • Pemerintahan di bawah Gabenor British dan dibantu oleh Majlis Mesyuarat Persekutuan dan Majlis Undangan Persekutuan

  • Terdiri daripada sembilan buah negeri Melayu serta Pulau Pinang dan Melaka.
  • Singapura dikekalkan dibawah jajahan British.
  • Negeri-negeri Tanah Melayu iaitu Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Perak, Selangor, Melaka, Johor dan Pulau Pinang
  • Negeri-negeri Borneo iaitu Sabah dan Sarawak
  • Negeri Singapura






Kerakyatan / Kewarganegaraan
Kerakyatan berdasarkan prinsip jus soli (kerakyatan terbuka)

  • Syarat kewarganegaraan diketatkan iaitu pemohon hendaklah lahir di Tanah Melayu dan telah bermaustatin selama 8-12 tahun.
  • Seorang pemohon asing mestilah bermaustatin selama 15 tahun. 
  • Umur minimum bagi kedua-dua situasi tersebut adalah 18 tahun 
  • Pengetahuan Bahasa Melayu yang baik.
Kewarganegaraan berdasarkan:

Prinsip jus soli


Secara automatik akan mendapat taraf kewarganegaraan tanpa mengambil kira kewarganegaraan ibubapa bagi orang yang lahir di Malaysia antara hari merdeka (31 Ogos 1957) dan Oktober 1962.
Sesiapa yg lahir selep[as tahun 1962, dia boleh diiktiraf warganegara sekiranya salah satu syarat dibawah dipenuhi:
  1. Ibu atau bapanya warganegara ketika dia lahir atau,
  2. Ibu atau bapanya telah bermaustatin di Malaysia ketika dia lahir atau,
  3. Dia tidak mempunyai kewarganegaraan dari mana-mana negeri ketika dilahirkan
Jus Sanguinis
Mengikut undang-undang berdasarkan keturunan darah. Dia akan diiktiraf sebagai warganegara jika bapanya warganegara.

Perkahwinan
Memberi hak untuk wanita asing memohon sekiranya dia berkahwin dengan suami yang berwarganegara Malaysia. 

Naturalisasi
Perkara 19 memperuntukkan utk memohon peluang utk menjadi warganegara Malaysia kepada permaustatin yg tidak lahir di persekutuan. Dengan syarat:
  1. Berumur 21 tahun atau lebih
  2. Telah bermaustatin di persekutuan tidak kurang 10 tahun dalam tempoh 12 tahun terdahulu sehingga tarikh memohon
  3. Berniat hendak kekal di negeri ini
  4. Berkelakuan baik
  5. Mempunyai pengetahuan bahasa melayu yg cukup 
Ketua Pentadbiran Negeri
Gabenor British
Raja-raja Melayu
Raja dan Yang Dipertua Negeri dinasihati oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri



Keistimewaan orang Melayu dan bumiputera
  • Kedudukan orang melayu diberikan sama rata dengan kaum lain.
  • Tulisan jawi dan bahasa melayu terhakis
Keistimewaan dan hak orang melayu diberikan semula dan diletakkan dibawah Persuruhjaya Tinggi British
Dikekalkan dalm Perkara 153 dan tanpa menafikan kedudukan yang sah bagi kaum lain.





S4.1: Buat kesimpulan tentang  3  sebab utama penolakan utama orang Melayu terhadap Malayan Union?

3 sebab utama penolakan orang melayu terhadap Malayan Union ialah pertamanya kedaulatan raja-raja dihapuskan dengan memegang jawatan sebagai penasihat Gabenor dan Ketua Majlis Penasihat Melayu menyebabkan mereka tiada kuasa untuk bertindak hanya dibenarkan  menyentuh soal agama islam dan adat resam Melayu sahaja. Kedua, kerakyatan yang berdasarkan prinsip jus soli. Hal ini menyebabkan majoriti orang melayu terjejas dan sekali gus menjejaskan hak keistimewaan orang melayu terhadap ekonomi dan politik. Terakhir, Malayan Union ditubuhkan tanpa pandangan dan persetujuan orang melayu dan Sir Harold Mac Michael menggunakan kekasaran dan paksaan untuk mendapatkan tanda tangan raja-raja Melayu.


S5:  Lengkapkan jadual di bawah mengenai unsur tradisi dalam Perlembagaan Malaysia
Unsur Tradisi
Penerangannya
Rasional
Pemerintahan Beraja
Pemerintahan Beraja telah wujud sejak dalam sistem sosial di NNM.


1.       Raja mempunyai kuasa mutlak dalam setiap pemerintahan dan pentadbiran negeri.
2.       Raja dibantu oleh pembesar-pembesar yang dilantik sewaktu sebelum penjajahan Bristish
3.       Sewaktu penjajahan British, kuasa mutlak raja terhad
4.       Kuasa-kuasa raja dikembalikan apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan setelah MU mendapat tentangan hebat dari penduduk tempatan.

Islam sebagai agama persekutuan
Dalam Perlembagaan Malaysia, definisi Melayu itu adalah sebagai orang yang beragama Islam dan mengamalkan cara hidup dan budaya Melayu dan bertutur dalam bahasa Melayu.

Antara sebab Agama Islam diterima cepat oleh orang Melayu kerana sultan telah memeluk Islam ketika itu. Sikap taat dan patuh pada raja membuatkan rakyat turut ikut dalam memeluk Islam.

Sultan sebagai ketua agama.


1.       Rakyat sangat taat dan patuh pada raja dan turut sekali dalam memeluk Islam

2.       Sultan sebagai ketua agama.

3.       Setelah merdeka, Islam telah dijadikan agama rasmi negara. Kerajaan mempunyai kuasa untuk memperuntukkan sebahagian daripada perbelanjaan untuk pembangunan dan kemajuan berkaitan dengan agama Islam, contoh perbelanjaan mengurus, membina masjid dan sekolah.

Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
Merupakan Perkara 152 iaitu menerangkan kedudukan bahasa Melayu sebagai Kebangsaan atau rasmi tanpa menafikan hak-hak bangsa lain dalam menggunakan bahasa mereka.

Namun, melalui perkara ini juga melindungi bahasa-bahasa lain dan turut memperuntukkan bahawa tiada sesiapa dilarang untuk menggunakan bahasa lain atau belajar mahupun mengajar di dalam bahasa lain.
1.       Sebagai alat perpaduan yang menyatu padukan bangsa  tanpa mengugat bangsa ibunda yang lain
2.       Pernah menjadi bahsa Lingua Franca
3.       Telah dijadikan bahasa rasmi sewaktu zaman penjajah
4.       Pegawai Eropah perlu menguasai bahasa Melayu
5.       Baik diterima sebagai bahasa kebangsaan, sebagai pra-syarat penerimaan hak kewargaan oleh etnik bukan Melayu
6.       Pra-syarat menunjukkan bahawa pemimpin terdahulu telah menerima satu formula bagi menyelesaikan masalah yang timbul tanpa melibatkan konflik etnik di Tanah Melayu pada waktu itu.
Kedudukan istimewa orang Melayu
Orang Melayu merasa kedudukannya terancam apabila melihat jumlah pendatang semakin ramai.

Kejayaan mereka dalam  mengusai bidang ekonomi negara amat membimbangkan Orang Melayu dan pihak kerjaan.

Maka, hak istimewa orang Melayu telah diperkenalkan dalam perlembagaan.
1.       Untuk membela dan membantu dan menjaga hak peribumi orang Melayu
2.       YDPA diberi kuasa untuk memelihara kedudukan hak istimewa orang Melayu di Semenanjung Malaysia
3.       Perkara yang terkandung dalam hak istimewa orang Melayu adalah seperti kuota kemasukan ke institusi pengajian tinggi, biasiswa, kemudahan mendapat lesen dan permit perniagaan.
4.       YDPA tidak berhak menganggu atau menarik balik keistimeawaan kaum lain untuk dibagi kepada peribumi.

S6: Perbandingan antara Perlembagaan Malaysia dan Piagam Madinah (dalam bentuk jadual)
-          Apakah persamaan dan perbezaan?

PERBEZAAN


Perlembagaan Malaysia
Piagam Madinah
Sumber
Dibentuk berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan 1957.
Berpandukan Al-Quran dan AsSunnah
Tujuan 
 1.       Memastikan rakyat Malaysia hidup dalam suasana aman dan harmoni secara berkompromi walaupun berbeza kaum, agama dan pegangan.

2.       Mewujudkan bentuk pemerintahan yang adil


3.       Untuk mengawal pergerakan kerajaan dan rakyat

4.       Sebagai alat untuk menyelesaikan masalah di dalam negara


5.       Demi menjamin kesejahteraan dan keamanan negara

1.       Menekankan perpaduan dan penyatuan ummah di Madinah ketika itu yang terdiri dari masyarakat Islam, kaum Ansar dan Muhajirin serta Yahudi dan bangsa lain

2.       Mewujudkan keamanan di Madinah


3.       Membentuk peraturan yang dapat dipatuhi oleh semua orang.
Hak pemerintah
YDP Agong yang dipilih oleh 9 kesultanan Melayu adalah pemerintah tertinggi sebagai Ketua Negara dan Agama dan bidang kuasa merangkumi pentadbiran, perundangan, kehakiman dan ketenteraan)

Pemerintah berlaku adil kepada rakyat. Wang penebusan pemerintah akan diberikan secara kepada yang berhak.
Hak Rakyat
Memberi kebebasan kepada semua warganegara untuk bercakap, berhimpun dan yang ingin menubuhkan persatuan.

1.     Hak yang sama rata diberikan kepada semua rakayat tidak mengira bangsa atau agama

2.       Rakyat tidak dizalimi, diserang atau diancam.

3.       Bagi orang bukan Islam di Madinah yang memutuskan hubungan dengan orang Quraisy akan diberi  jaminan ke atas keselamatannya dan diberi kewarganegaraan.

Tanggungjawab Pemerintah
YDPA bertanggungjawab dalam menjaga hak keistimewaan orang Melayu, agama Islam dan adat istiadat orang Melayu.

Rasulullah saw bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah rakyat yang berlaku: perselisihan kaum (berpandukan Al-Quran)

Tanggungjawab Rakyat
Rakyat perlu memelihara identiti negara dan nbersatu padu untuk menegelakkan perbahalan antara kaum.

Penduduk Madinah wajib mempertahankan Madinah dari serangan musuh
Hubungan dengan Bukan Islam
Fasal 24 Orang-orang Yahudi perlu mengeluarkan perbelanjaan peperangan bersama orang-orang yang beriman apabila mereka berperang.

Rasullah sangat menjaga hubungan antara orang Islam dan orang bukan Islam iaitu saling menghormati, tolong menolonag dan bertolak ansur antara satu sama lain.


PERSAMAAN


Perlembagaan Malaysia
Persamaan
Madinah
Yang-Di-Pertuan-Agong
Di bawah satu pemerintahan sahaja

Nabi Muhammad saw
Perkara 3 & 11- Hak untuk beragama dan mengamalkan agama masing.
Kebebasan beragama
Fasal 25- kebebasan bagi penduduk Madinah untuk mengamalkan agama masing-masing
Perkara 8- kesamarataan  
Dasar hubungan baik dan saling membantu

Fasal 17 & 45- perdamaian
Perkara 5 (1)- tiada siapa yang boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan kecuali berdasarkan undang-undang
Semua tidak dianggap salah sebelum didapati bersalah
Fasal 21- membunuh tanpa bukti, akan dibalas bunuh
Perkara 7- tiada sesiapa akan dihukum kerana sesuatu perbuatan
Warganegara berhak mendapat perlindungan & pertahankan hak masing-masing

Fasal 37- seseorang tidak boleh dianggap bersalah kerana kesalahan dilakukan oleh sekutunya.

No comments:

Post a Comment