Saturday 5 December 2015

MARI MENGENALI KAUM IBAN, SARAWAK!

Assalamualaikum



Negeri sarawak atau lebih dikenali sebagai “bumi kenyalang” merupakan negeri yang terbesar antara 13 buah negeri di Malaysia dan sarawak juga mempunyai sungai yang terpanjang di Malaysia iaitu batang Rajang. Bandar Kuching merupakan ibu negeri dan pusat pentadbiran di negeri ini.
                
Negeri sarawak terdiri daripada 27 kumpulan etnik yang mengamalkan pelbagai tradisi, adat dan agama. Antara 27 kumpulan etnik itu ialah Iban, China, Melayu, Bidayuh, Melanau, Kayan, Kenyah, Lun Bawang, Penan, Kelabit, Kedayan, Bisaya, Berawan, Lahanan, Sekapan, Kejaman, Punan, Baketan, Ukit, Sihan, Tagal, Tabun, Saban, Lisum, Longkiput dan lain-lain.

Kaum Iban merupakan salah satu etnik yang terdapat di negeri serawak.  Kaum Iban merupakan penduduk peribumi dan kaum majoriti di Sarawak Bumi Kenyalang. Dengan peratusan majoriti yang lebih daripada 30% daripada jumlah peratusan penduduk di Sarawak mengikut kaum maka mereka merupakan kaum yang paling dominan di Sarawak. 

Selanjutnya akan diterangkan dengan lebih mendalam mengenai kaum Iban, Sarawak;

TEMPAT TINGGAL 

Kaum iban merupakan kaum yang mempunyai komuniti yang ramai. Kaum mereka adalah 30% daripada jumlah peratusan penduduk di Sarawak. Oleh itu, mereka menetap di rumah panjang yang boleh memuatkan sebanyak antara 50 hingga 100 dan lebih buah keluarga di dalamnya. Mereka percaya hidup secara berkelompok lebih selamat dan selesa. Di dalam sebuah rumah panjang, akan dikawal dan dijaga oleh seorang ketua kampung atau digelar sebagai 'tuai rumah'.

Binaan rumah ini dibina secara panjang kerana ingin memuatkan beberapa buah keluarga di dalamnya. Rumah ini mempunyai tiga ruang iaitu tanju atau beranda terbuka, ruai atau ruang terbuka dan bilik yang banyak untuk menempatkan keluarga. Rumah ini juga mempunyai ruang atas yang digelar sadau(peran) yang dijadikan sebagai tempat tidur anak dara mereka dan tempat menyimpan bijirin serta alat perkakas mereka. 

Struktur binaan rumah panjang ini dibina dengan menggunakan kayu berlian yang bercirikan kayu berlian yang kuat, kukuh dan tidak mudah reput sebagai tiang. Manakala, dinding rumah panjang diperbuat daripada kulit kayu seperti kulit Terengtang atau buluh yang dikelar atau dibelah. Buluh juga digunakan untuk dijadikan lantai dan daun rumbia dan jenis daun-daun yang tebal sebagai atap.

Selain itu, bangunan rumah panjang yang dibina tinggi kerana untuk mengelakkan pihak musuh naik ke rumah untuk menyerang. Kebiasaannya pada zaman dahulu di sarawak, kaum Iban akan membina rumah panjang mereka sekurang-kurangnya setinggi 5 meter. Rumah panjang juga hanya mempunyai sebatang tangga untuk naik kerumah. Ini kerana, untuk memudahkan mereka mengangkat tangga dan membawa masuk kedalam rumah ketika musuh hendak menyerang. Tangga rumah mereka digelar sebagai tangga takik kerana ia diperbuat daripada sebatang kayu bulat yang ditakik dengan beliong atau parang.

Didalam rumah panjang terdapat beberapa pentas yang berfungsi sebagai perbezaan darjat dimana ia digunakan untuk perkahwinan atau kedatangan orang-orang besar atau ternama ke kawasan mereka.

Kami melawat ke contoh rumah Sarawak di Taman Mini Malaysia, Melaka


Gambar diatas adalah contoh rumah sarawak yang dikenali sebagai rumah panjang.
Mempunyai struktur binaan yang panjang dan bangunan yang tinggi. 
*(rumah panjang yang sebenar di sarawak jauh lebih panjang dan tinggi)


Antara contoh ruang bilik yang terdapat didalam rumah panjang. 


Tangga untuk memanjat naik ke ruang atas yang dipanggil sadau (peran) yang dijadikan sebagai tempat tidur anak dara mereka dan tempat menyimpan bijirin dan alat perkakas mereka.

Ini merupakan ruai atau ruang terbuka dan terdapat tiang-taing yang kukuh dan kuat kerana diperbuat daripada kayu berlian.

Dinding rumah panjang yang diperbuat daripada kulit kayu seperti kulit Terengtang. 


Ini merupakan ruang tanju atau beranda terbuka dan lantai yang diperbuat daripada buluh



Atap yang diperbuat daripada daun rumbia dan jenis daun-daun yang tebal


Binaan yang tinggi untuk menyukarkan pihak musuh menyerang masuk kedalam rumah

*(Rumah panjang kaum iban di sarawak jauh lebih tinggi sekurang-kurangnya setinggi 5 meter)
Tangga takik yang diperbuat daripada sebatang kayu bulat yang ditakik dengan beliong atau parang. 
Ia mudah dibawa naik ke dalam rumah ketika musuh hendak menyerang

Ini adalah contoh beberapa pentas yang terdapat di rumah sarawak Mini Malaysia, Melaka. Digunakan untuk perkahwinan atau sambutan orang-orang besar ke tempat mereka.


PAKAIAN

Dibawah merupakan pakaian tradisional untuk lelaki dan perempuan dari kaum Iban;

Pakaian Tradisional lelaki kaum Iban


Pakaian tradisional perempuan kaum Iban


Pakaian tradisional perempuan kaum Iban sangat unik dan menarik kerana diperbuat daripada kain tenun. Dalam bahasa Iban, pakaian tradisional perempuan dikenali sebagai 'ngepan indu iban'. Pakaian ini mempunyai pelbagai perhiasan yang akan digunakan bersama ngepan. 

Pakaian tradisional kaum Iban untuk perkahwinan



ALAT-ALAT MUZIK

Kaum iban, sarawak akan menggunakan alat muzik mereka untuk menyambut perayaan dan pesta dengan tarian, persembahan, pemujaan dan perkahwinan.

Alat muzik utama mereka ialah;

Gong 


Engkeromong
Merupakan salah satu alat muzik dalam keluarga Gong berbusut.
Diperbuat daripada gangsa.

Sape
 Diperbuat daripada kayu keras seperti meranti atau kayu pelak
Ia dipasangkan dengan empat tali logam. Tetapi dahulu, hanya dipasangkan dengan dua tali yang diperbuat daripada urat rotan yang halus.
Berfungsi sebagai penyalun bunyi.
Terdapat dalam pebagai saiz antaranya ialah tiga setengah hingga enam kaki panjang.

 Selengut
Ini adalah sejenis alat muzik tiupan melalui hidung dan dimainkan bertujuan untuk hiburan individu.
Diperbuat daripada buluh kecil.


MAKANAN & PEKERJAAN

Pekerjaan utama oleh kaum Iban ialah bercucuk tanam seperti beras tuak, ubi kayu, keledek, jagung dan sebagainya. Memburu juga merupakan sumber utama kegiatan kaum Iban. Mereka akan memburu dengan kaedah menyumpit dan menggunakan parang. Oleh itu, makanan mereka bergantung kepada hasil bertani dan juga memburu. Antara sumber utama makanan mereka; beras, ikan dan binatang hasil daripada pemburuan. 

Kegiatan menyumpit oleh kaum iban


Gambar diatas menunjukkan contoh tenunan dan anyaman yang akan dibuat oleh kaum wanita Iban

Kanak-kanak lelaki akan diajar dan dididik dari kecil untuk berenang, memburu dan berperang. Manakala kanak-kanak perempuan akan diajar untuk menganyam, berpantun, memasak dan bertenun. 


PENGANGKUTAN

Sarawak mempunyai bentuk muka bumi yang tidak rata. Negeri ini mempunyai kawasan yang berbukit-bukau, tanah tinggi, sungai, gunung-ganang dan hutan. Dahulu, kemudahan pengangkutan ataupun infrastruktur masih tidak berkembang di negeri ini berbeza pada zaman kini dimana negeri sarawak sudah membangun dengan kemudahan infrastruktur.

Pada zaman dahulu, pengangkutan utama kaum iban ialah perahu ataupun hanya dengan berjalan kaki kerana mereka tinggal di kawasan luar bandar dan pedalaman. Kaum iban akan menaiki perahu untuk menjamin keselamatan berbanding berjalan kaki. Ini disebabkan mereka percaya dengan berjalan kaki mereka akan lebih berumur pendek kerana mudah untuk diserang oleh musuh.

Perahu yang kaum iban gunakan sekaligus digunakan untuk berperang bersama tengkorak kepala yang diselitkan

2 comments:

  1. Selamat sejahtera.
    Saya ingin memohon kebenaran untuk menggunakan satu foto Rumah Panjang dalam blog ini untuk dimasukkan dalam buku terbitan KPM. Saya berharap tuan dapat memaklumkan kepada saya secepat mungkin. terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Boleh saya tahu tentang rumah tinggi melanau

    ReplyDelete