Thursday, 17 December 2015

SUMBER-SUMBER LITA'ARAFU SARAWAK

Assaamualaikum

Berikut merupakan sumber-sumber untuk perkongsian lita'arafu sarawak, kaum iban.

1) Sesi menemu bual bersama En.N di Melaka. Beliau berumur hampir 45 tahun dan bekerja sambilan untuk membuat sebarang persembahan mengenai budaya kaum iban di semenanjung malaysia. Beliau berasal dari sarawak, kaum iban dan sekarang menetap di Melaka. Mempunyai tiga orang anak dan seorang isteri yang juga merupakan kaum iban. Beliau telah menetap di semenanjung malaysia hampir 20tahun atas urusan kerja. Walaubagaimanapun, beliau kerap pulang ke sarawak untuk menjenguk ibubapanya yang menetap disana. *(nama sebenar dan gambar beliau dirahsiakan atas urusan peribadi)

2) Gambar-gambar rumah panjang sarawak telah didapati dari Taman Mini Malaysia, Melaka.

Taman Mini Malaysia Melaka yang telah dirasmikan oleh Tun Dato' Seri Dr Mahathir bin Mohamad pada 3hb September 1991

Rumah panjang, sarawak yang terdapat di Taman Mini, Melaka

3) Sesi menemu bual En. Ridhwan dan En. Ridzuan yang bekerja di Taman Mini Malaysia, Melaka. En. Ridhwan merupakan kaum melayu sarawak yang ditugaskan untuk menjaga rumah contoh sarawak. Manakala En.Ridzuan merupakan bangsa melayu yang berasal dari melaka dan ditugaskan untuk memantau aktiviti di Taman Mini, Melaka.



Menemu bual En Ridhwan mengenai rumah panjang


4) Sesi menemu bual Dr. Ajau yang merupakan anak jati sarawak dari kaum berawan. Manakala isteri dan keluarga isterinya berasal dari kaum Iban. Beliau merupakan pensyarah Fakulti Sains Kesihatan di kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam.   

DR. Ajau, pensayarah UiTM Puncak Alam.

Akhir, jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua responden yang sudi meluangkan masa untuk berkongsi informasi yang banyak tentang kaum iban dan sarawak walaupun mempunyai pelbagai kerja dan komitmen lain untuk diuruskan. Terima kasih. 

PERSEPSI MEREKA TERHADAP ISLAM?

Bersama En. N di Melaka

Pelajar: Apakah persepsi encik terhadap agama Islam? 

En. N: Saya tiada masalah dengan agama islam. Pada saya, semua agama adalah sama kerana semua agama menggalakkan dan menyuruh penganutnya untuk membuat kebaikan kepada semua makhluk. Saya tiada pandangan serong kepada agama-agama yang lain. Jangan disebabkan kerana salah dari sesuatu pihak itu, kita menyalahkan agamanya dan seluruh penganutnya. Sebagai contoh IS. Saya tidak menyalahkan agama islam mahupun membenci seluruh penganut islam hanya kerana IS. Pada saya setiap kerosakan ataupun kejahatan yang dibuat oleh sesuatu pihak itu hanya berkait dengan orang yang mengamalkannya dan ini sangat penting kepada ketua dari pihak tersebut. Bagaimana dia mengajar dan membawa anak buahnya mengamal agama itu. Jadi, penting pada kita untuk melihat kepada siapa kita berkawan. Kesimpulannya, saya menyaran agar kita semua perlu bersatu tanpa mengira agama dan bangsa. 


Bersama Dr. Ajau di Puncak Alam

Pelajar: Apakah persepsi Dr. terhadap agama Islam?

Dr. Ajau: I don't have any particular prejudice. Pegangan saya satu sahaja. Iaitu agama terletaknya di dalam hati dan diri kita sendiri. Agama tidak ditunjuk secara luaran. Because your belief is by yourself and not forced on you. Tiada siapa yang boleh paksa kita terhadap agama kita. Diri kita sendiri yang perlu bertindak pada agama kita. Religion is in your heart. About the issues of burn the bible, in my opinion is if you burn the church, bible and everything even me, i'm still believe in my religion. I don't care others do but i will stay with my religion. Kesimpulannya, agama itu terletak dalam diri masing-masing tanpa paksaan oleh mana-mana pihak. If there's people who compared this religion with this religion, they are not longer have any religion as for me. As for me, religion is in your heart and you need to give respect towards other religion if you want others respect yours. What you give you earn. 

Wednesday, 16 December 2015

BUDAYA KAUM IBAN DI SARAWAK




Tradisi masyarakat iban ini adalah terdiri daripada adat, budaya, kepercayaan, dan kehidupan di rumah panjang. Walaupun kini masyarakat iban kurang dalam mengamalkan amalan dan tradisi nenek moyang mereka dahulu, tetapi adat dan budaya mereka masih diamalkan sehingga kini walaupun dalam bilangan yang sedikit. Adat mereka ini bertujuan untuk menjaga keamaan rumah panjang disamping dapat membina pergaulan dan hubungan yang baik sesama ahli-ahli keluarga di dalam rumah panjang.


CARA HIDUP
Berperang

Masyarakat iban dahulu lazimnya keluar pergi berperang. Mereka sangat terkenal dengan memenggal atau memburu kepala juga dikenali sebagai ‘head hunter’. Tujuan untuk mereka berperang ini adalah untuk mempertahankan kawasan sendiri daripada dimasuk oleh musuh. Disamping itu juga, mereka turut dapat memperluaskan kawasan jajahan mereka. Perluasan kawasan ini penting bertujuan untuk memburu dan bercucuk tanam dan melakukan aktiviti harian mereka. Keluasan kawasan jajahan menjadi simbolik bagi mereka dimana semakin besar kawasan yang mereka takhluk semakin kuat dan besar kuasa mereka. Mereka berperang atau bergaduh dengan kaum yang berbeza dari mereka. Sebagai contoh, kampung kaum Iban berperang atau bergaduh dengan kampung kaum Dayak. Mereka tidak bergaduh sesama kaum sendiri kerana talian persaudaraan mereka sangat kuat yang telah diterapkan di dalam Rumah Panjang dengan tradisi dan adat nenek moyang mereka.
Sebelum para pertempur pergi berperang, mereka akan mengadakan satu upacara ritual iaitu upacara "miring" yang dihadiri oleh orang-orang atasan dan barisan para pertempur yang bakal pergi bertempur. Kanak-kanak dan ibu mengandung tidak dibenarkan untuk menghadiri upacara tersebut. Upacara ritual ini merupakan upacara yang melibatkan ilmu memuja demi membakar semangat para pertempur. Selain itu, mereka juga menggunakan beberapa alatan dan bahan sepanjang memuja seperti mangkuk yang di isi beras, telur ayam, rokok gulung, tembakau dan sebagainya. Selain itu, upacara ini juga diselitkan dengan tarian sebelum bertempur. Sajak dan lagu untuk para pertempur di nyanyikan dan disampaikan demi menaikkan semangat mereka dan bertempur dengan bersungguh-sungguh.
Kebiasannya, para pertempur akan keluar berperang pada waktu tengah pagi dalam lingkungan jam 3 atau 4 pagi. Hal ini bertujuan untuk tidak ingin menyedarkan seisi rumah sewaktu mereka ingin keluar rumah untuk berperang. Sebelum mereka memulakan pertempuran, para pertempur akan berkumpul. Seorang lelaki yang merupakan ketua mereka akan menyembelih ayam dan mengambil darahnya untuk disalitkan ke muka mereka. Setelah lengkap dengan kelengkapan berperang, mereka akan teriak ‘Agi Idup Agi Ngelaban….Ooooooo Haaaaaaaa’. Moto ini sudah menjadi kata keramat untuk kaum yang berbangsa Iban sekaligus dapat menaikkan semangat mereka untuk melakukan dengan bersungguh-sungguh sehingga ketitisan darah terakhir mereka  . Moto ini bermaksud selagi nyawa di badan, pasti akan melawan.
Mereka akan balik bertempur pada awal pagi dalam jam 3 hingga 4 pagi dengan membawa kepala-kepala musuh mereka. Keesokan harinya, mereka akan mengadakan upacara untuk meraikan para pejuang yang telah pulang dari bertempur. Seorang wanita tua yang bertatu di tangan dan badannya yang dipercayai telah menerima sumpahan telah ditugaskan untuk menerima kepala ketua musuh yang telah dipenggal itu. Setelah itu, kepala tersebut direbus untuk membuang kulit dari tengkoraknya. Tengkorak yang telah direbus dan dibersihkan akan di gantungkan di tengah-tengah bahagian rumah. Hal ini untuk menunjukkan kekuatan ahli Rumah Panjang sekaligus bertujuan untuk menakut-nakutkan pihak musuh kerana makin banyak bilangan tengkorak yang digantung, semakin ramai pejuang-pejuang di dalam Rumah Panjang tersebut.
Untuk menampakkan lagi situasi dan adat orang Iban sebelum keluar berperang, anda boleh melihat filem ‘Sleeping Dictionary’ yang dilakonkan oleh pelakon barat, Jessica Alba. Filem ini menceritakan tentang kehidupan orang Iban di Sarawak. Terdapat satu babak dimana upacara telah dijalankan sebelum mereka pergi berperang pada esok pagi dan pulang dengan membawa kepala musuh. Di dalam upacara itu, mereka bersuka ria dan menari beramai-ramai. https://www.youtube.com/watch?v=N1LtEXiWV9Y 

Mencacah Badan 


Amalan mencacah tubuh atau bertatu menjadi amalan bagi orang Iban. Corak tatu di badannya mereka juga turut berbeza-beza. Perbezaan corak tatu ini untuk membezakan pelbagai kaum yang terdapat di Sarawak. Gambar di atas merupakan corak tatu kaum Iban. Corak ini dikenali sebagai bunga terung. Corak tatu mereka lebih berunsurkan flora dan fauna seperti bunga terung, burung kenyalang, naga dan banyak lagi. Tatu ini juga menunjukkan keberanian dan pangkat seseorang. Misalnya bagi kaum lelaki, tujuan mereka bertatu ini adalah untuk menunjukkan bahawa mereka pernah terlibat dalam peperangan dan banyak pengalaman. Bilangan tatu di badan juga akan ditentukan dengan jumlah kepala musuh yang di penggal dan di bawa balik daripada memburu (ngayau). Manakala bagi kaum wanita, mereka bertatu untuk menunjukkan kebolehan mereka memasak, menganyam, menari (Ngajat) dan berpantun.
Tatu yang penuh dibahu juga; diamalkan dikalangan lelaki sahaja; melambangkan tanggungjawab besar yang dipikul di dalam sesebuah keluarga. Lelaki yang tidak bertatu dianggap sebagai ‘telanjai’ atau bermaksud seperti rumah yang tidak punyai atap. Terdapat sesetengah corak tatu yang dikhaskan untuk golongan pahlawan sahaja. Dikalangan kanak-kanak berusia 10 atau 11 tahun, tatu ini dicacah menandakan mereka “baru lanjau” iaitu sudah bersedia untuk menyertai aktiviti buruan dan menjadikan mereka kebal. Bagi mereka, pemilihan pasangan hidup samada lelaki atau perempuan juga berpandukan pada bilangan tatu di badan. Ini kerana, makin banyak tatu di badan makin banyak kebolehan dan kemampuan yang mereka ada disamping dapat menarik minat pasangan yang melihat.
Alatan untuk mencacah tubuh ini secara tradisional seperti pemegang kayu dan jarum. Jarum akan diikat di hujung pemegang kayu. Pukulan ringan akan dilakukan pada kayu yang mengena permukaan kulit dengan jarum yang telah dicelup pada dakwat untuk meninggalkan tatu di badan. Berikut adalah 'link' dokumentari tentang proses pembuatan mencacah badan secara tradisional yang dilakukan oleh orang Iban. https://www.youtube.com/watch?v=WlWXnZNn3u8&spfreload=10
Selain bertatu, mereka juga menyimpan rambut yang panjang di belakang dan pendek dihadapan seperti di dalam gambar. Apa yang menarik perhatian saya, gaya rambut sebegini mempunyai fungsi dan kepercayaan mereka tersendiri. Menurut En. N, mereka mengumpul rambut yang panjang dibelakang bertujuan untuk menyelamatkan kepala mereka daripada ingin dipenggal dari belakang; daripada pihak musuh. En N juga memberi contoh apabila rambut di letakkan atau di tutup bahagian batang pokok pisang (mewakili kepala), apabila dipotong, lapisan rambut tadi itu melindungi batang pokok pisang daripada terbelah dua. Struktur rambut yang kuat itu mampu melindungi kepala apabila pergi bertempur.


Kraftangan dan Kemahiran


Selain daripada kebolehan memburu dan bercucuk tanam, masyarakat Iban juga mahir dalam membuat kraftangan. Mereka menghasilkan kraftangan atau hasil seni yang melambangkan identity masyarakat itu sendiri. Antara kraftangan yang mereka hasilkan adalah seperti tikar, raga, pasu dan sebagainya.
Kebiasannya, yang menghasilkan kraftangan ini adalah kaum wanita. Menurut masyarakat Iban, jika wanita tidak pandai mengasilkan kraftangan, mereka dianggap menjengkelkan dan tidak dipandang oleh kaum lelaki. Jadi, sebelum seseorang wanita itu ingin berkahwin, mereka perlu mempersiapkan diri mereka dengan kemahiran membuat kraftangan ini. Bagi mereka, hasil daripada anyaman itu dapat menambat hati si keluarga mentua.
Kraftangan yang dihasilkan oleh orang Iban mempunyai kegunaan yang tersendiri. Seperti contoh tikai lampit. Ia merupakan sejenis tikar yang ditusuk dengan menggunakan tali tansi dan juga diperbuat daripada rotan yang telah diraut nipis. Manakala tikai kerupuk dan tikai senggang ialah tikar yang diperbuat daripada mengkuang dan senggang. Ia digunakan untuk menjemur padi. Corak tikar ini dianyam dengan bercorakkan corak bunga, manusia, burung dan sebagainya yang mempunyai kaitan dengan mereka.
Antara kraftangan pula ialah pasu dan tempayan. Tanah liat yang telah diuli dibentuk menjadi tembikar. Mereka turut mengukirnya untuk tampak lebih cantik dengan corak-corak yang kreatif dan pelbagai. Kegunaan tempayan ini untuk menyimpan beras, barang makan dan juga air.

Pada zaman sekarang, kraftangan masyarakat Iban masih lagi mendapat sambutan kerana ukirannya yang cantik dan asli dan sukar untuk di dapati dimana-mana. Antara yang masih mendapat sambutan ialah Tikai Lampit dan kain tenun.


Sumber dari En.N melalui Aplikasi 'Whatsapp'
Ini adalah barang-barang kraftangan yang ingin di jual oleh En.N di "Visit Mini Malaysia, Melaka". Menurut En. N, kraftangan ini adalah hasil tangan isterinya sendiri yang berbangsa iban yang turut menetap ni Melaka bersamanya. 

AGAMA & KEPERCAYAAN

Zaman dahulu, masyarakat Iban percaya terhadap kepercayaan animisme. Mereka berpegang pada kepercayaan yang diamalkan oleh nenek moyang mereka dahulu. Mereka berpandukan pada ‘Papan Turai’ yang telah ditulis oleh ‘Tuai Raban Bansa” dengan berpandukan nasihat dari ‘Manang’ dan ‘Lemambang’.

Orang Iban percaya bahawa terdapat kewujudan seorang Tuhan iaitu Binsi Petara yang dipercayai mencipta dunia dan alam semesta. Di bawah Tuhan ini terdapat 7 orang dewa. Anataranya ialah:
·         Dewa Peperangan – Sengalang Burong
·         Dewa Keagamaan – Biku Imam Bunsi Petara
·         Dewa Perubatan – Menjaya
·         Dewa Pertanian & Tanah – Sempulang Gana/Semerugah
·         Dewa penyembuh semulajadi & Dewa Keadilan – Ini Inee/Andan
·         Dewa Kekayaan – Anda Mara/Gangga Ganggong
Orang Iban percaya bahawa semua benda hidup mempunyai semangat dan roh mereka masing-masing. Mereka juga turut percaya pada ilmu firasat dan turut bergantung padanya. Contoh ilmu firasat mereka adalah melalui mimpi yang baik atau buruk, binatang bisa, burung bisa yang sengaja dicari atau dijumpai tidak sengaja dan hati babi yang dibaca baik buruk maksudnya. Kini, masyarakat Iban majoritinya adalah penganut agama kristian. Selebihnya ada yang menganut agama lain seperti Agama Tradisional, Islam, Ateisme dan lain-lain agama. 

ADAT RESAM

Masyarakat Iban juga mempunyai pelbagai adat resam yang masih juga diamalkan sehingga zaman kini. Adat resam ini juga dianggap sebagai pantang larang menurut kepercayaan mereka yang tersendiri. Antara contoh adat mereka ialah mengurus kandungan dan kelahiran, adat perkahwinan  dan adat sewaktu menguruskan kematian.

1.       Sewaktu Mengandung

Bagi bakal si ibu dan suami, mereka dilarang untuk menggali parit, tidak boleh minyang daging, membunuh binatang dan membenam pokok pisang. Pantang larang ini perlu diikuti untuk menjamin kesempurnaan fizikal bayi yang akan lahir dan juga fungsinya untuk mengalang kuasa-kuasa ghaib yang tidak diingini daripada mengganggu bayi.

2.       Selepas Kelahiran

Selepas bayi dilahirkan, tali pusatnya akan dipotong dan bayi akan dimandikan. Setelah itu bayi akan dibedun menggunakan kain Pua Kumbu atau selimut yang ditenun cantik. Ibu yang telah melahirkan anak tadi akan diurut untuk mengelakkan rasa sengal-sengan dibadan. Kemudian, si ibu akan disapu dengan ubat yang diperbuat daripada halia dan entemu.

Antara pantang larang ketika menyambut bayi yang baru lahir, wajib oleh si ibu untuk mematuhi pantang larang ini. Jangka masa berpantang ini selama tiga puluh hari selepas melahirkan anak. Makanan juga turut dicampurkan dengan halia untuk memanaskan badan. Wanita bersalin juga akan menjalani satu amalan iaitu berdiang. Berdiang ini adalah dimana si ibu perlu dekat dengan unggun api. Kayu untuk menghidupkan unggun api haruslah menggunakan kayu malam dan langsat supaya dapat menyembuhkan penyakit selepas bersalin. Amalan ini berterusan selama 40 hari untuk mengembalikan tenaga.

Seterusnya, adat untuk menanggalkan pusat bayi. Bayi akan di bawa keluar ke anjung untuk melihat matahari dan diberi air garam. Adat ini dijalankan setelah bayi ditanggalkan tali pusatnya iaitu usia bayi 4 hari. Nama bayi turut diberi sempena nama nenek moyang mereka. Hal ini untuk mewarisi jasa dan sumbangan nenek moyangnya yang sudah tiada.

Seterusnya ialah adat mandi sungai di mana adat ini dijalankan ketika bayi berusia 1 bulan. Ini adalah untuk membiasakan bayi dengan air sungai. Bayi akan dipakaikan dengan kain pua kumbu belantan dan diiringi doa dan mantera. Doa dan mantera ini untuk meminta bayi menjadi seorang yang sempurna. Setelah itu, dua 2 orang lelaki akan menetak air dan sembelih ayam. Sayap ayam akan diikat dengan benang merah yang digantung pada galah berayang untuk bayi lelaki. Bagi bayi perempuan, mereka akan dimandikan dan gendang akan dipalu. Upacara adat ini akan berakhir dengan jamuan ringan.

3. Adat perkahwinan



  •        Merisik
Bagi masyarakat Iban, adat merisik adalah adat yang wajib diikuti. Kebiasaannya perkahwinan ditentukan oleh pengantin lelaki. Merisik ini dijalankan apabila seorang teruna telah berkenan pada seorang gadis, dan keluarga lelaki akan datang merisik ke rumah gadis berkenaan. Perjumpaan antara dua keluarga ini dipanggil sebagai ‘berbunga-bunga’ atau ‘berjarum-jarum’. Saat ini, mereka telah berbincang dalam menentukan syarat-syarat perkahwinan dan berian. Keluarga pihak lelaki akan menghantar rombongan meminang gadis jika hasil pertemuan ini baik dan menggalakkan. Dan barulah syarat perkahwinan ditentukan oleh kedua-dua pihak.
  •        Bertunang
Peringkat bertunang ini diteruskan apabila perundingan telah selesai dibuat. Keluarga pengantin akan datang untuk mengurusakan ikatan pertunangan. Adat bertunang ini dilangsungkan dengan cara bapa pihak lelaki akan menanggalkam “lapit” atau ikat pinggang atau turut dikenali sebilah pedang sebagi tanda ikatan pertunangan. Setelah ikatan pertunangan terjalin, perempuan yang telah ditunangkan tidak dibenarkan untuk menerima kunjungan dari lelaki lain. Jika tidak, perempuan itu akan dianggap mencemarkan ikatan pertunangan. Sebagai tanda ikatan pertunangan, sebentuk cincin dipakai oleh pasangan dan harus sentiasa dipakai. Jika ikatan pertunangan itu putus kerana salah seorang telah melakukan kecurangan, maka orang itu akan di denda kerana telah untuk menebus malu keluarga pihak yang dicurangi itu. Tetapi jika terputus akibat kematian, pertunangan itu masih berjalan dengan baik kerana hubungan yang baik maish terjalin dan tidak perlu didenda.
  •        Majlis Perkahwinan atau Melah Pinang
Majlis perkahwinan ini dimulakan oleh pihak lelaki dimana mereka akan menyediakan barang-barang atau hantaran yang akan diberikan kepada pihak perempuan. Antaranya ialah kain, raga, pedang, hasil kraftangan dan barang kemas. Keluarga pihak perempuan membuat persiapan seperti memburu binatang untuk dijadikan lauk kepada tetamu yang akan datang.

Pasangan ini akan mengenakan pakaian tradisional Iban. Keluarga pihak lelaki berjalan diiringi oleh paluan gong. Tiba di rumah pengantin perempuan, satu das tembakan akan dilepaskan tanda tetamu sudah tiba. Rombongan pengantin perempuan akan bersiap sedia untuk turun ke sungai mandi bersama-sama dengan pengantin lelaki. Ini adalah untuk menunjukkan permulaan silaturahim antara dua keluarga pengantin.

Sebelum upacara perkahwinan bermula, perbincangan akan diadakan di ruai dan “air tuak” turut dihidangkan sebagai air peransang kepada tetamu. Setelah mengetahui hubungan kekeluargaan, pengantin akan meminta berian. Nilainya ditetapkan oleh masyarakat di situ. Pihak pengantin perempuan akan minta bayara “pemecah tangga” iaitu sebilah beliung, bayaran “pembuka pintu” iaitu sebatang lembing, bayaran “pembuka kelambu” iaitu sebilah pedang dan bayaran-bayaran yang lain.

Setelah itu, upacara membelah pinang dijalankan. Upacara ini adalah untuk menentukan tempoh jodoh antara pasangan pengantin ini. Buah pinang itu dibelah dan diagihkan kepada tetamu. Setelah itu, upacara ini pun tamat. Jika ada sebarang kesalahan semasa menjalankan adat ini, pengantin akan mandi di sungai untuk membersihkan diri. Sehelai kain yang panjangnya 7 ela dipegang supaya kesalahan mereka akan hilang.

3.       Adat Mengurus Kematian

Semasa upacara kematian ini, sanak-saudara akan datang berkunjung untuk tanda hormat. Mayat si mati akan dimandikan  dan turut dipakaikan pakian yang baik dan diletakkan di tengah-tengah Rumah Panjang iaitu di ruai. Barang-barang si mati akan dibungkus kerana kepercayaan mereka untuk bekalan di dunia selepas mati atau “dunya sebaya”. Di atasnya akan tergantung kain pua kumbu. Sepanjang malam dan siang, ada orang yang akan ditugaskan untuk menangisi si mati selain dari keluarga si mati. Tangisan itu adalah untuk mendoakan dan berharap dapat menghantar dan bawa si mati ke dunya sebayan.


Upacara pengebumian dijalankan waktu subuh jam 4 pagi. Lubang digali, dibuatkan rumah dan barang-barang si mati ditanam bersama. Setelah itu, mereka akan berkabung atau “ngulit” dalam beberapa tempoh masa. Pantang larang seisi rumah untuk tidak buat bising, dilarang berhias dan memakai barang kemas. Pinggan yang dibalut dengan kain hitam digantungkan di hadapan rumah tanda ada berlaku kesusahan dan kesedihan. Upacara “berserara bungai” dijalankan untuk mengelakkan roh si mati mengganggu mereka. setelah upacara berkabung tamat, mereka akan mengadakan upacara “gawai antu” untuk meraikan si mati. 

PERAYAAN 

Gawai
Perayaan Gawai ini disambut setahun sekali pada 1 atau 2 Jun. Perayaan ini disambut menunjukkan bahawa berakhirnya musim menuai padi. Mereka merayakan perayaan ini dengan berkumpul di serambi umum Rumah Panjang yang terdapat ranyai atau dikenali pokok istiadat. Mereka akan mengenakan pakaian tradisional masyarakat Iban yang dipenuhi dengan manik yang mewarisi budaya atau adat nenek moyang mereka. Sewaktu perayaan ini, mereka memeriahkan lagi suasana dengan berjumpa, berkumpul dan bersuka ria sambil menikmati pelbagai jenis makanan tradisional yang disediakan. Perayaan gawai ini turut terkenal dengan tariannya yang dikenali sebagai tarianNgajat. Selain itu juga, perayaan Gawai ini juga diselitkan dengan meminum arak beras (tuak) dan aktiviti hiburan yang lain.

Dari segi kepercayaan mereka, mereka turut menyediakan makanan dan arak kepada dewa kekayaan sebagai tanda kesyukuran dan terima kasih hasil daripada tuaian yang baik dan menguntungkan. Upacara ini dikendalikan oleh orang yang tertentu sahaja seperti wakil masyarakat. Mantera dibacakan dan darah ayam akan direnjiskan pada persembahan tersebut.
Ngajat Lesung ialah sejenis tarian yang dipersembahkan oleh para penari yang bersaing ingin menunjukkan kehebatan mereka dengan mengangkat lesung penumbuk padi dengan menggunakan gigi. Apabila ranyai dibuang, maka berakhirlah perayaan ini. 

VIDEO INSPIRASI

Assalamualaikum. 

Video inspirasi kepada semua dari kumpulan kami. Selamat menonton! :)


Secara kesimpulannya:

Video ini memberi nilai supaya sentiasa berkasih sayang sesama insan. Tidak kira tua atau muda, sihat atau sakit, mahupun baik atau buruk. Hargai setiap makhluk itu sebelum terlambat. Video ini juga memberi kita pengajaran supaya tidak bersifat buruk sangka terhadap orang lain. Malah Islam melarang keras untuk kita bersifat sedemikian. 

Sebenarnya terlalu banyak perkara yang kita tidak lihat atau tahu mengenai seseorang itu sedangkan kita sangka kita sudah kenal atau tahu kesemuanya. Malah ad segelintir masyarakat yang suka untuk membenci seseorang itu tanpa mengenali dengan lebih mendalam dan rapat. Mereka hanya lihat pada luaran dan terus menghakimi. Dan sesungguhnya Allah jua yang maha mengetahui akan tiap sesuatu.

Firman Allah سبحانه وتعالى :

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱجْتَنِبُوا۟ كَثِيرًۭا مِّنَ ٱلظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ ٱلظَّنِّ إِثْمٌۭ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا۟ وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًۭا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ تَوَّابٌۭ رَّحِيمٌۭ

“Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah dari banyak berprasangka; Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain, dan janganlah ada di antara kamu yang mengumpat sebahagian yang lain. Adakah di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.”

(Surah Al-Hujurat, 49; Ayat 12)


Sunday, 6 December 2015

NILAI-NILAI YANG DIPEGANG OLEH MEREKA :)

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة وبركاتة



 Sesi menemu bual Dr. Ajau.

Setelah menemu bual salah seorang responden anak jati sarawak iaitu Dr Ajau, pensyarah Fakulti Sains Kesihatan di kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam, beliau mengatakan nilai yang di pegang sebagai anak jati sarawak dari kaum berawan adalah: 

i) Nilai hormat-menghormati antara kaum masing-masing.
Mereka monghormati jika ada upacara atau perayaan bagi suku kaum tertentu. Malahan, mereka juga turut serta meraikan perayaan tersebut bersama-sama. Disamping itu, mereka juga tidak kekok jika berselisih di warung, pusat membeli belah dan sebagainya. 

ii) Nilai persaudaraan.
Apabila tiba musim perayaan seperti hari raya aidilfitri, hari natal, hari gawai dan sebagainya, kesemua saudara mara pasti berkumpul walaupun berlainan agama mereka turut serta meraikannya. Disitu kita dapat lihat betapa kuatnya nilai persaudaraan dalam kalangan mereka.

Hai ini kerana, di sarawak terdapat banyak suku kaum dan jarang sekali berlakunya permusuhan di kalangan mereka. Walaupun, suku kaum yang berlainan, dialek yang berbeza mengikut sungai dan kampung dengan berpegangnya pada dua nilai ini mereka hidup dalam keadaan aman dan gembira melalui hari-hari yang mendatang.

Saturday, 5 December 2015

MARI MENGENALI KAUM IBAN, SARAWAK!

Assalamualaikum



Negeri sarawak atau lebih dikenali sebagai “bumi kenyalang” merupakan negeri yang terbesar antara 13 buah negeri di Malaysia dan sarawak juga mempunyai sungai yang terpanjang di Malaysia iaitu batang Rajang. Bandar Kuching merupakan ibu negeri dan pusat pentadbiran di negeri ini.
                
Negeri sarawak terdiri daripada 27 kumpulan etnik yang mengamalkan pelbagai tradisi, adat dan agama. Antara 27 kumpulan etnik itu ialah Iban, China, Melayu, Bidayuh, Melanau, Kayan, Kenyah, Lun Bawang, Penan, Kelabit, Kedayan, Bisaya, Berawan, Lahanan, Sekapan, Kejaman, Punan, Baketan, Ukit, Sihan, Tagal, Tabun, Saban, Lisum, Longkiput dan lain-lain.

Kaum Iban merupakan salah satu etnik yang terdapat di negeri serawak.  Kaum Iban merupakan penduduk peribumi dan kaum majoriti di Sarawak Bumi Kenyalang. Dengan peratusan majoriti yang lebih daripada 30% daripada jumlah peratusan penduduk di Sarawak mengikut kaum maka mereka merupakan kaum yang paling dominan di Sarawak. 

Selanjutnya akan diterangkan dengan lebih mendalam mengenai kaum Iban, Sarawak;

TEMPAT TINGGAL 

Kaum iban merupakan kaum yang mempunyai komuniti yang ramai. Kaum mereka adalah 30% daripada jumlah peratusan penduduk di Sarawak. Oleh itu, mereka menetap di rumah panjang yang boleh memuatkan sebanyak antara 50 hingga 100 dan lebih buah keluarga di dalamnya. Mereka percaya hidup secara berkelompok lebih selamat dan selesa. Di dalam sebuah rumah panjang, akan dikawal dan dijaga oleh seorang ketua kampung atau digelar sebagai 'tuai rumah'.

Binaan rumah ini dibina secara panjang kerana ingin memuatkan beberapa buah keluarga di dalamnya. Rumah ini mempunyai tiga ruang iaitu tanju atau beranda terbuka, ruai atau ruang terbuka dan bilik yang banyak untuk menempatkan keluarga. Rumah ini juga mempunyai ruang atas yang digelar sadau(peran) yang dijadikan sebagai tempat tidur anak dara mereka dan tempat menyimpan bijirin serta alat perkakas mereka. 

Struktur binaan rumah panjang ini dibina dengan menggunakan kayu berlian yang bercirikan kayu berlian yang kuat, kukuh dan tidak mudah reput sebagai tiang. Manakala, dinding rumah panjang diperbuat daripada kulit kayu seperti kulit Terengtang atau buluh yang dikelar atau dibelah. Buluh juga digunakan untuk dijadikan lantai dan daun rumbia dan jenis daun-daun yang tebal sebagai atap.

Selain itu, bangunan rumah panjang yang dibina tinggi kerana untuk mengelakkan pihak musuh naik ke rumah untuk menyerang. Kebiasaannya pada zaman dahulu di sarawak, kaum Iban akan membina rumah panjang mereka sekurang-kurangnya setinggi 5 meter. Rumah panjang juga hanya mempunyai sebatang tangga untuk naik kerumah. Ini kerana, untuk memudahkan mereka mengangkat tangga dan membawa masuk kedalam rumah ketika musuh hendak menyerang. Tangga rumah mereka digelar sebagai tangga takik kerana ia diperbuat daripada sebatang kayu bulat yang ditakik dengan beliong atau parang.

Didalam rumah panjang terdapat beberapa pentas yang berfungsi sebagai perbezaan darjat dimana ia digunakan untuk perkahwinan atau kedatangan orang-orang besar atau ternama ke kawasan mereka.

Kami melawat ke contoh rumah Sarawak di Taman Mini Malaysia, Melaka


Gambar diatas adalah contoh rumah sarawak yang dikenali sebagai rumah panjang.
Mempunyai struktur binaan yang panjang dan bangunan yang tinggi. 
*(rumah panjang yang sebenar di sarawak jauh lebih panjang dan tinggi)


Antara contoh ruang bilik yang terdapat didalam rumah panjang. 


Tangga untuk memanjat naik ke ruang atas yang dipanggil sadau (peran) yang dijadikan sebagai tempat tidur anak dara mereka dan tempat menyimpan bijirin dan alat perkakas mereka.

Ini merupakan ruai atau ruang terbuka dan terdapat tiang-taing yang kukuh dan kuat kerana diperbuat daripada kayu berlian.

Dinding rumah panjang yang diperbuat daripada kulit kayu seperti kulit Terengtang. 


Ini merupakan ruang tanju atau beranda terbuka dan lantai yang diperbuat daripada buluh



Atap yang diperbuat daripada daun rumbia dan jenis daun-daun yang tebal


Binaan yang tinggi untuk menyukarkan pihak musuh menyerang masuk kedalam rumah

*(Rumah panjang kaum iban di sarawak jauh lebih tinggi sekurang-kurangnya setinggi 5 meter)
Tangga takik yang diperbuat daripada sebatang kayu bulat yang ditakik dengan beliong atau parang. 
Ia mudah dibawa naik ke dalam rumah ketika musuh hendak menyerang

Ini adalah contoh beberapa pentas yang terdapat di rumah sarawak Mini Malaysia, Melaka. Digunakan untuk perkahwinan atau sambutan orang-orang besar ke tempat mereka.


PAKAIAN

Dibawah merupakan pakaian tradisional untuk lelaki dan perempuan dari kaum Iban;

Pakaian Tradisional lelaki kaum Iban


Pakaian tradisional perempuan kaum Iban


Pakaian tradisional perempuan kaum Iban sangat unik dan menarik kerana diperbuat daripada kain tenun. Dalam bahasa Iban, pakaian tradisional perempuan dikenali sebagai 'ngepan indu iban'. Pakaian ini mempunyai pelbagai perhiasan yang akan digunakan bersama ngepan. 

Pakaian tradisional kaum Iban untuk perkahwinan



ALAT-ALAT MUZIK

Kaum iban, sarawak akan menggunakan alat muzik mereka untuk menyambut perayaan dan pesta dengan tarian, persembahan, pemujaan dan perkahwinan.

Alat muzik utama mereka ialah;

Gong 


Engkeromong
Merupakan salah satu alat muzik dalam keluarga Gong berbusut.
Diperbuat daripada gangsa.

Sape
 Diperbuat daripada kayu keras seperti meranti atau kayu pelak
Ia dipasangkan dengan empat tali logam. Tetapi dahulu, hanya dipasangkan dengan dua tali yang diperbuat daripada urat rotan yang halus.
Berfungsi sebagai penyalun bunyi.
Terdapat dalam pebagai saiz antaranya ialah tiga setengah hingga enam kaki panjang.

 Selengut
Ini adalah sejenis alat muzik tiupan melalui hidung dan dimainkan bertujuan untuk hiburan individu.
Diperbuat daripada buluh kecil.


MAKANAN & PEKERJAAN

Pekerjaan utama oleh kaum Iban ialah bercucuk tanam seperti beras tuak, ubi kayu, keledek, jagung dan sebagainya. Memburu juga merupakan sumber utama kegiatan kaum Iban. Mereka akan memburu dengan kaedah menyumpit dan menggunakan parang. Oleh itu, makanan mereka bergantung kepada hasil bertani dan juga memburu. Antara sumber utama makanan mereka; beras, ikan dan binatang hasil daripada pemburuan. 

Kegiatan menyumpit oleh kaum iban


Gambar diatas menunjukkan contoh tenunan dan anyaman yang akan dibuat oleh kaum wanita Iban

Kanak-kanak lelaki akan diajar dan dididik dari kecil untuk berenang, memburu dan berperang. Manakala kanak-kanak perempuan akan diajar untuk menganyam, berpantun, memasak dan bertenun. 


PENGANGKUTAN

Sarawak mempunyai bentuk muka bumi yang tidak rata. Negeri ini mempunyai kawasan yang berbukit-bukau, tanah tinggi, sungai, gunung-ganang dan hutan. Dahulu, kemudahan pengangkutan ataupun infrastruktur masih tidak berkembang di negeri ini berbeza pada zaman kini dimana negeri sarawak sudah membangun dengan kemudahan infrastruktur.

Pada zaman dahulu, pengangkutan utama kaum iban ialah perahu ataupun hanya dengan berjalan kaki kerana mereka tinggal di kawasan luar bandar dan pedalaman. Kaum iban akan menaiki perahu untuk menjamin keselamatan berbanding berjalan kaki. Ini disebabkan mereka percaya dengan berjalan kaki mereka akan lebih berumur pendek kerana mudah untuk diserang oleh musuh.

Perahu yang kaum iban gunakan sekaligus digunakan untuk berperang bersama tengkorak kepala yang diselitkan